Wednesday, February 14, 2024

It is the best of times, it is the worst of times.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 14, 2024

Dalam satu detik yang takkan kembali, kita hanya boleh dan hanya mampu melalui satu perkara - kebaikan atau keburukan, kesedihan atau kegembiraan. Dan itulah takdir kita pada masa itu yang takkan kembali - maka kita pilihlah nak buat buruk ke nak buat baik kan..

Hence, the title. 

Saya terjumpa ungkapan ini semasa membaca karya seorang pelukis komik bernama Nizam tentang perempuan yang disukainya menghidap penyakit Anoreksia Nervosa. Xsure Nizam Bachok ke bukan.. Disebabkan komik tulah saya tahu yang Anorexia Nervosa boleh membawa maut & melarang diri saya untuk suka-suka body-shaming orang.

Well kata2 ni, kata Nizam, diinspirasi dari Charles Dickens, penulis dari Britain yang menulis tentang kepayahan hidup dan kritikan sosial zaman Victoria dalam karya-karyanya.....yang belum pernah saya baca lagi.

Baru-baru ni ketua usrah membincangkan topik surah Al-Asr, yang menggambarkan keadaan waktu Asar. Dimana - Waktu Asar adalah waktu yg sibuk dan huru hara, waktu manusia mengira untung rugi pada hari tersebut.

Well in my daily life pun memang waktu Asar lah waktu yang kita terkejar2 nak siapkan semua kerja & packu up thing hadap jem sebelum sampai rumah pada waktu Maghrib nak menjelang Isya'.

So. Untuk hidup kita yang singkat ini - hargailah, kerana masa lalu tidak akan kembali lagi. Dan untuk mengatasi isu kerugian masa, maka sentiasalah berusaha untuk berada dalam kebaikan, bekerja bersama² Islam jika mahu keberuntungan hidup di akhirat, dan, jangan tinggalkan amalsoleh, kin!


0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea