Semasa membuat keputusan memilih deugro, ia adalah kerana 3 perkara:
1. Boss saya suka bekerja dengan orang muda
2. deugro menghargai sumber manusia (hires & create talents)
3. Syarikat ini sedang membangun (its developing & expanding) maka haruslah memberi saya begitu banyak peluang untuk menumbuh dan belajar.
Walaupun begitu banyak payahnya, banyak juga kebahagiaan yang saya dapatkan dalam bekerja. Sekurang-kurangnya boss saya talkative macam talking machine dan saya masih boleh pissed him off. Terasa macam ada team bila kita complementary dalam office. Ada masalah sama-sama selesaikan. Orang banyak cakap tak banyak simpan rahsia dan simpan masalah dalam hati. Kalau saya buat salah, terus kena tegur dan kemungkinan mengulangi kesilapan sangat tipis.
Pendek kata, tak macam sebelum ni yang kata-kata saya tak didengar.
Saya memang kuat kerja. Sekalipun ia mengecewakan, bagi saya akhirnya ia tak apa-apa kerana ia hanyalah kerja. Lebih baik daripada dikecewakan manusia 😢.
Ibu abah pun tak tahu saya kerja macam mana. Makan ke tak, bahagia ke tak.. Sebab kalau diorang tahu, mungkin, saya tak akan dibenarkan kerja. Biar je nampak macam hidup ini enjoyyyy~
Kuatlah bekerja walaupun tak ada alasan!
Nota kaki: ejaan d.e.u.g.r.o memang huruf kecik sebab ia dalam bahasa Jerman yang nama panjangnya: deutsche grosstransporte gesselshaft. Camtulah.
Looking forward to something good with this company, at least expanding to 20 manpower and a great team development!
