Dimana kita letakkan kedukaan kita menggambarkan siapa sebenarnya kita.
Jika duka kita adalah kerana makan minum, cinta, keluarga,.. maka kita mungkin adalah golongan biasa-biasa saja. Normal. Lekeh benau, kata orang melake.
Tapi kalau kesedihan kita kerana lewat solat, buat dosa, sakitkan hati orang lain, itu bagus.. menggambarkan yang hati kita masih hidup, ada iman, dan masih perlu diperbaiki.
Lebih baik kalau kesedihan kita adalah kerana amal-amal yang kita lakukan tak berkualiti, sambil lewa, tak ada nilai. Rugi, rugi, rugi.
Letakkanlah kesedihanmu, Ashikin, pada tempat sebetulnya.
Andai hidup ini ada backwardnya, undo, atau deletion program....... kan bagos!

0 komen best:
Post a Comment