Sunday, October 18, 2015

Manage your emails

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 18, 2015 0 komen best
Semasa saya mula bekerja di Kintetsu, syarikat korporat saya yang pertama, saya pening - Kerja banyak, tapi tak tahu mana nak mula. Allah izin, datangnya pertolongan dari seorang colleague yang mengajar saya bagaimana menguruskan kerja yang sebenarnya mudah saja - susun email sebaiknya, dan mulakan bekerja dengan sistematik.

Saya kongsikan hal-hal penting yang basic:

1. Passions to learn & adapt
Setiap pekerjaan adalah ongoing. Mula-mula kita memang akan nervous, tak tahu nak buat apa. Apa yang penting ialah kita mencuba dan berusaha untuk belajar.

Pertamanya, mesti selesakan diri, kenal-kenal dengan orang sekeliling. Dari situ kita tahu siapa yang friendly dan kita boleh tanya-tanya sebagai rujukan. Keduanya, mesti tanya kalau tak tahu. Kat industri tak ada orang akan marah kalau kita bodoh, tapi kalau buat silap berulangkali orang memang bengang termasuklah saya,

2. Create folders & sub-folders
Bila kita mula bekerja, kita akan mendapat email..yang banyak ya ampun.. yang kadang-kadang entah dari siapa dan untuk siapa. Mula-mula saya confuse, tak tahu beza adakah semua email perlu dibalas atau tak.. mana satu kerja, mana satu bukan..

Dan saya mula menyusunnya dengan membuat folder & sub-folder seperti berikut:

Saya tak boleh menunjukkan subfolder atas dasar privasi, tetapi email berkaitan customer contohnya, saya akan masukkan dalam subfolder atas nama customer. Secara tak langsung, saya tahu yang customer tersebut pernah melakukan transaksi atau berurusan dengan syarikat- walaupun ia sudah lama berlalu- tracking & tracing.

Tinggalkan HANYA ONGOING WORK dalam inbox. yang lain-lain masukkan ke dalam folder masing-masing.

3. Never delete emails: Made archive folders

Jangan pernah delete email. Mana-mana email yang tak begitu penting sila masukkan ke dalam subfolder mengikut bulan - Archive Jan, Feb, Mac, Apr..

Kita tak tahu bilakah sesuatu email menjadi penting kepada kita - yang pada mulanya macam tak penting pun.

Email yang boleh disampahkan hanyalah email berkenaan Notice of holidays, not in the office, dan segala email yang betul-betul sampah dan tak berguna pada masa depan.

4.Never Misread emails

Memang susah nak baca email satu-satu kan. Tapi kalau kita dah buat subfolder macam #2, kita akan mudah mengawal dan mengemaskini inbox kita- secara tak langsung kita akan tahu email mana yang penting dan tak penting.

5. Colors of labels , Stars & Flags

Manusia memang suka menjadikan benda tak penting jadi penting - yang bila tak manage betul-betul, diri sendiri rasa serabut dan ada je benda undone dan rasa bersalah kepada diri.

Sila jangan flagkan, mewarnakan bintang kepada email anda - basically memang semua benda penting, pastikan anda tulis ke dalam buku catatan anda apa yang penting dan tidak.
Jangan lupa 'unstars' kalau perkara tersebut sudah selesai diuruskan, Ubah labels sekiranya perlu.

6. 5S
Last but not least, SENTIASA AMAL.
Ambil 5-10 minit dalam sehari untuk susunatur folder. Kalau masa yang diambil untuk susunatur folder pun lebih daripada tu maksudnya kita kerja secara tak efisien.

Mengamalkan susunatur email ini selain memudahkan kerja, sebenarnya menjimatkan kos. Tahukan anda bahawa syarikat membayar sekurang-kurangnya 100$ per kepala untuk menanggung kos persuratan elektronik? Kos itu sepatutnya boleh digunakan syarikat untuk menampung keperluan lain.

Semoga bermanfaat insyaAllah.

Thursday, October 15, 2015

Inspiring

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 15, 2015 0 komen best

Dalam salahsatu transisi hidup saya yang paling tersembunyi, saya mempunyai seorang kenalan alien - kerana dia seorang yang sangat berbeza berbanding orang lain. Cara fikir, cara bercakap, cara menyampaikan hasrat, jenis buku bacaan, tulisan.. dia memang spesis alien dari planet Marikh.

Disebabkan saya sukakan motivasi, saya suka mendampingi manusia yang inspiring. Jadi saya suka memintanya memberikan saya wisdom words - for which, dia akan bagi secret code, contohnya 9:111 dan saya kena carilah apa maksud wisdom words tu.

Dia membuatkan saya faham bahawa
motivasi terbaik datang dari Allah, hanya Allah dan cuma Allah. Yang Inspiring tu Allah, yang bagi rasa best tu Allah..

Allah Maha Cinta.

Dah. Jom baca Qur'an.

Saturday, October 10, 2015

Menari bersama Siti

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 10, 2015 0 komen best

In most of family events by Dato' Yahya my father's cousin, I get the chance to meet our legendary pretty singer, Siti Nurhaliza.

Usually the event is too formal I didnt get the chance to greet her. But today, for Adam's reception, I suddenly get excited to do so.

And today's recept special is that Sultan Johor attended the wedding too! How awesome is that >_<

Congrats to Adam and Intan, May Allah bless the marriage! ♡

Tuesday, October 06, 2015

September 2015

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 06, 2015 0 komen best

Seperti tahun lepas, September tahun ini telah berlalu dengan begitu pantas.

Tahun lepas saya tiba-tiba ditugaskan ke Turki selama 70 hari.

Tahun ini, saya sibuk dengan beberapa perlara yang membuatlan hidup terasa terlalu cepat berlalu.

1. KOBAR 2015

Allah izin, saya telah dipilihNya menjadi sebahagian daripada Team Pelaksana Konvensyen Belia Relawan Haluan 2015. Syukur, menjadi team Biro Penajaan telah banyak memberi saya pengalaman dan pengajaran berharga, Sesungguhnya, saya sangat tak layak.. sebab tak beri komitmen penuh pun, rasanya. Sibuk kerja, diuji sakit, dan entah apa-apa lagi.

Sepanjang menjadi AJK pelaksana.. saya memerhatikan tanda-tanda kebesaran Allah dan pertolonganNya kepada gerak kerja Islam.. benar, kami hamba yang lemah dan tak sempurna.. tapi Allah kasih sangat kat kami dan bantuan Allah sesungguhnya sangatlah dekat!

Through this,.. saya juga taaruf banyak dengan sikap sahabat/h, betapa mereka orang2 yang positif dan besar hati.. lapang dada dan saling melengkapkan.
Bahagia! ♡

2. Tukar Kerja

Seperti yang telah saya catatkan sebelum ini.. saya mengalami konflik kerja yang sangat menyedihkan.

Saya sengaja menghantar surat berhenti kerja pada 8 September sempena ulangtahun boss jepun yang telah mengambil saya bekerja sebagai tanda terima kasih dan hadiah birthdaynya- supaya pada tahun mendatang dia mengingati bahawa dia telah kehilangan seorang pekerja yang berpotensi pada 8.9.

antara tarikh 8-21 September, saya disibukkan dengan sesi kaunseling. Dalam masa yang sama, persediaan untuk Kobar memerlukan komitmen tinggi dan perhatian yang banyak, sehingga timbul pula rumours saya berhenti demi Kobar tercinta. Sedikit sebanyak, Kobar mengurangkan dukacita saya.

Antara tempoh itu juga, saya bahagia mendapat panggilan kerja daripada syarikat sekarang. Malah mereka dengan senang hati memberi saya pelepasan untuk ke program rekreasi Tahap 2 selama 4 hari bekerja - unpaid leave.

3. Rekreasi Tahap 2

Dalam kesibukan dengan KOBAR, saya dipanggil menyertai Rekreasi Tahap 2... which is.. penyertaan saya sangat dipermudahkan Allah, sungguhpun daya benar-benar kekurangan peruntukan dana pada masa itu.

So September this year is like super perfect, I get probation extended, quitting the job, getting another job, fully giving support to KOBAR, and, having the best well spent week to Rekreasi Level 2 for my life achievement.

4. Last but not least, beli kereta

Allah mempunyai caraNya yang tersendiri untuk mengahdiahi hambaNya dengan kebahagiaan.

Sejurus selepas mendapat confirmation tempat kerja baru sebagai sales, abah terus cakap... "jadi sales kena ada kereta, Nora.."

Kakak di tempat kerja mencadangkan agar saya buat pinjaman penuh, dan agent saya sangat membantu..

dan.. alhamdulillah, Oktober tahun ini daya memulakan segalanya dengan perkara2 baru: workplace, kereta, colleague, new energetic team, and i may say, all the new spirit!

MasyaAllah, syukurnya!

Pengalaman saya mengikuti rekreasi di Lengggong akan menyusul dalam post seterusnya insyaAllah. tak sempatnya menulis~

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea