Sunday, December 07, 2014

Bimbang dilupakan Uwais

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 07, 2014 0 komen best

Saya rindukan sikecil anak buah saya yang bernama Uwais.

Pada masa saya tinggalkan dia untuk berangkat ke Turki, umurnya pada masa itu baru tujuh bulan. Sekarang  sudah sembilan bulan. Sudah pandai berjalan. Cerdik dan comel macam kakak saya, ibunya.

He draws me closer to my sister a lot (since we are being distance and different personality since we were born).

He probably forget me well enough. Bimbang dia menangis, kalau saya menjenguk kakak saya nanti.

Well.. Auntie loves you a lot, Uwais. You will be reading my blog when you grow up and learn to read.

Kalau saya ada anak nanti.. saya harap juga dia sempat baca blog saya.. jadi.. saya sentiasa berusaha menulis~

Kapadokya II & Pamukkale

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 07, 2014 0 komen best

Menulis agar tidak lupa, itulah tujuan catatan saya.

Hari kedua saya kembara, masih di Kapadokya bersama sebuah keluarga Melayu Malaysia yang lain dan seorang lagi pemuda dari Korea.

Pagi kami di Uchisar dan Pigeon Ark, tengah hari di Apple Church,  kemudian petangnya di Pottery Art factory.

Uchisar, adalah tempat di mana rumah-rumah yang terbentuk dari tinggalan letusan gunung berapi(volcanoes), setelah berkurun-kurun lamanya.

Kapadokya secara umumnya terhasil daripada tiga volcanic mountain:
East, South n West part Kapadokya

Rumah-rumah ini digelar Fairy Chimney oleh orang tempatan, ini kerana mereka percaya bahawa "spirits made the chimney", kerana ia terbentuk oleh kejadian alam.

Ketika pemerintahan Empayar Rome, penganut Kristian mula tinggal di sini akibat lari daripada pemerintah Rom yang amat bencikan penganut Kristian.

Pada masa sekarang, tinggalan yang ada banyaknya adalah chapels(gereja kecil) dan church.. terdapat banyak lukisan untuk menyampaikan ajaran bible, kerana generasi pada masa itu tidak tahu membaca. Jenis kepercayaan yang disebarkan ialah Kristian Ortodoks. Di kawasan Uchisar ini, terdapat 300 church dan chapels yang dibina dalam batuan Fairy Chimney.

Di pigeon ark pula, kami hanya menghabiskan masa yang singkat untuk melihat kawasan sarang burung merpati. Burung merpati pada zaman dahulu kala sangat teramat pentingnya sebagai penghubung komunikasi, manakala telurnya pula digunakan sebagai preservance lukisan mereka. Jadi manusia pada kurun ke 12 membuat sarang burung dan meletakkan tanda berwarna merah untuk menarik perhatian merpati untuk masuk ke dalam perangkap atau sarang buatan manusia tersebut.

Untuk lukisan dalam gua, mereka menggunakan cat berwarna merah daripada sumber alam semulajadi, dan juga plaster berwarna putih. Lukisan ini, seperti dikatakan tadi, selain untuk menghias, ia adalah untuk mengajarkan bible.

Wednesday, December 03, 2014

Ancient Kapadokya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 03, 2014 0 komen best

Perjalanan saya bermula semalam. Jejak Uthmaniyyah, menelusuri perjalanan sirah Ottoman Empire, Romania dan Byzantine.. well. saya tak bagus dari segi sirah2 ni.. kalau tulis nanti bimbang tersalah, jadi saya akan betulkan bila ada sumber nanti.

Saya bertolak dari Istanbul jam 10 malam, berhenti di banyak tempat dan sampai di Goreme jam 9 pagi. 11 jam perjalanan ini, saya tak dapat melihat banyak benda, sebab saya memang 'a good sleeper', tambahan lagi, malam2 bukan boleh tengok apa2. However, saya tahu yang kebanyakan tempat hanyalah padang jarak padang tekukur, tak ada apa melainkan bukit bukau dan jalan yang sunyi, tidak sesibuk bandaraya Istanbul.

Pagi di Goreme, saya telah tiba ke "kota sarang semut", tempat bermulanya Christianity pada abad ke 12. I will do so much revision so that I can share here later on, insyaAllah.

Menjelang petang, kami ke gereja ortodoks, which is ada banyak lukisan yang dipadamkan mukanya oleh orang Greece (setelah berlaku pertukaran populasi Turkish-Greece pada permulaan pemerintahan Mustafa Kemal).

Selepas itu, kami ke Kota Bawah Tanah, tempat orang2 Kristian bersembunyi. *will find out more information later on*

Last but not least, for today, kami berhenti sebentar di 'Pigeon house' tempat terdapat banyaaak burung merpati. Ianya human-made, bukan pigeon-made.

Perjalanan saya ini mengikut rombongan 9 pelancong Korea termasuk seorang wanita Australia dan 2 lelaki Europe, seorang dari Uruguay dan seorang lagi dari Costa-Rica. 13 orang pelancong, dua pemandu pelanconh dan seorang pemandu.

Nora The Explorer.

Today's journey made me feels like I'm gonna work harder and fly a little further.

Terima kasih Allah, sebab bagi rezeki, jemput datang ke negeri orang, melihat kebesaranMu..

Saya terfikir sama ada kita sempat menjadi ancient atau tidak, dan sejarah kita dinikmati oleh generasi zaman akan datang, sebelum datangnya kiamat.

Monday, December 01, 2014

Kepada yang ditinggalkan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 01, 2014 0 komen best

I regret some things when I come here.

Pertamanya saya tak tahu saya akan berlama-lama di sini.

Keduanya saya tak tahu saya akan kehilangan banyak perkara disebabkan #1.

Saya mendapat ramai kenalan dalam masa dua bulan ini. Juga, semakin rapat dgn kakak dan kenalan sedia ada.. yang sentiasa mengambil tahu keadaan saya di sini. Dan, terasa kehilangan orang2 yang saya sayang.

'Jangan tinggalkan saya', I cant say that. If your life have to move on, and you have to leave me behind, or I am not a part of your life anymore, it doesnt matter. I am okay with that.

Just move on..

untuk diri sendiri.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea