Sunday, December 07, 2014

Kapadokya II & Pamukkale

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 07, 2014

Menulis agar tidak lupa, itulah tujuan catatan saya.

Hari kedua saya kembara, masih di Kapadokya bersama sebuah keluarga Melayu Malaysia yang lain dan seorang lagi pemuda dari Korea.

Pagi kami di Uchisar dan Pigeon Ark, tengah hari di Apple Church,  kemudian petangnya di Pottery Art factory.

Uchisar, adalah tempat di mana rumah-rumah yang terbentuk dari tinggalan letusan gunung berapi(volcanoes), setelah berkurun-kurun lamanya.

Kapadokya secara umumnya terhasil daripada tiga volcanic mountain:
East, South n West part Kapadokya

Rumah-rumah ini digelar Fairy Chimney oleh orang tempatan, ini kerana mereka percaya bahawa "spirits made the chimney", kerana ia terbentuk oleh kejadian alam.

Ketika pemerintahan Empayar Rome, penganut Kristian mula tinggal di sini akibat lari daripada pemerintah Rom yang amat bencikan penganut Kristian.

Pada masa sekarang, tinggalan yang ada banyaknya adalah chapels(gereja kecil) dan church.. terdapat banyak lukisan untuk menyampaikan ajaran bible, kerana generasi pada masa itu tidak tahu membaca. Jenis kepercayaan yang disebarkan ialah Kristian Ortodoks. Di kawasan Uchisar ini, terdapat 300 church dan chapels yang dibina dalam batuan Fairy Chimney.

Di pigeon ark pula, kami hanya menghabiskan masa yang singkat untuk melihat kawasan sarang burung merpati. Burung merpati pada zaman dahulu kala sangat teramat pentingnya sebagai penghubung komunikasi, manakala telurnya pula digunakan sebagai preservance lukisan mereka. Jadi manusia pada kurun ke 12 membuat sarang burung dan meletakkan tanda berwarna merah untuk menarik perhatian merpati untuk masuk ke dalam perangkap atau sarang buatan manusia tersebut.

Untuk lukisan dalam gua, mereka menggunakan cat berwarna merah daripada sumber alam semulajadi, dan juga plaster berwarna putih. Lukisan ini, seperti dikatakan tadi, selain untuk menghias, ia adalah untuk mengajarkan bible.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea