Wednesday, November 19, 2014

Chaotic Political Campus Scenery

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 19, 2014 0 komen best

Lantaran daripada membaca kekalutan politik kampus universiti awam Malaysia sekarang di laman mukabuku, saya menulis entri ini.

Dulu kan.. masa saya di uni untuk pengajian Ijazah, tak sekelumit pun tersentuh di hati saya nak terlibat dengan benda-benda menyusahkan macam politik kampus dan birokrasi pihak pengurusan universiti. However, I have to.. dari tahun pertama sampailah tahun akhir, saya yang ditarik-tarik masuk sama ada ke MPP atau ke Jawatankuasa tertinggi kursus Logtrans.

Tapi saya tak diiktiraf pun.. mungkin sebab tak pandai menangi hati orang. I didn't do much. It doesn't matter.. Saya dilantik, mungkin sebab terlihat berpotensi rajin belajar dan suka tolong orang.. selalu terkedepan. Banyak tanya. Apa-apa hal, selalu sangat muka ni je yang dapatkan maklumat, bagitahu orang.. Saya terpilih secara Autokratik, sebab ada orang yang perasan dia berpengaruh meletakkan nama saya sebagai premier, wajib jadi presiden atas dasar menginginkan orang Melayu menjadi Presiden sungguhpun dia seorang perempuan. Ketuanan Melayu sangat. Kemelayuan yang dia perjuangkan sangat itu, telah mengakhirkan perjalanan kepimpinan saya menjadi buruk. Satu-satunya parut dalam sejarah pengajian saya.

End up saya dibenci oleh pensyarah yang melantik saya sebab dia ingat bila dia lantik saya, dia boleh gunakan saya sesuka hati untuk luaskan pengaruh dia.. Sampai sekarang, dia mungkin masih merasa menyesal memilih saya dulu. Selepas satu insiden budget yang dibatalkan kerana dia tidak berautoriti, dia tidak lagi mahu bercakap dengan saya. Mungkin dia mahu saya yang meminta maaf. Merasakan saya menjatuhkan air mukanya, mungkin.. sehingga dia berpindah jabatan dan tidak menghiraukan saya ketika berjumpa pada lain waktu. Antara ayat terakhir yang pernah dia cakapkan, "I have my own blacklisted student..".. Ego dan Gila. Saya doakan dia menyesal menjadi manusia ego, sebab ramai juga senior saya yang pernah terkena dengan sikap buruknya yang suka merendahkan pelajar, terutamanya pelajar lelaki.

Saya bersyukur kerana menjadi manusia degil.. nampak macam lembut tapi "aku takkan pampered kau."

Saya cukup benci dipergunakan orang yang rasa dia ada kuasa.

Sepanjang empat tahun di universiti awam, saya cukup meluat dengan politik dan politik kampus.. Sebab saya tak faham dengan apa yang berlaku. Selepas dua tahun melepaskan diri daripadanya, dan menjadi dewasa, ternyata kehidupan di luar ini lebih sukar difahami.. semua orang sedang berjuang. Dan dalam perjuangan ini, kita interrelated dan bertembung antara satu sama lain.. Kadang-kadang kita bertembung sebagai musuh, lawan atau kawan..

Saya bersyukur, kerana telah melalui waktu-waktu itu..ditemani oleh orang-orang yang sentiasa mendoakan saya, memberikan semangat dan mendengar luahan hati saya.. Kadang-kadang saya menangis sebab terlalu penat atau terlalu risau dengan apa yang berlaku, dan sekarang saya faham, yang setiap sesuatu pasti akan berakhir dengan baik if you just keep believing. Semua catatan kepayahan itu, ada yang saya sembunyikan (hide post) dan ada yang saya kongsi di blog ini..

Jadi, for the stand of anak muda yang sedang berjuang, saya tidaklah menyokong atau melarang.. sebab saya tahu semua orang sedang berjuang, dan saya berpendapat bahawa semua orang yang berjuang itu betul.. manusia berjuang sebab dia rasa dan tahu apa yang dia perjuangkan tu betul..selagi tak melanggar syariat. Dan benda ni berlaku sepanjang zaman. Dan setiap perjuangan itu hanya akan menjadikan seseorang itu lebih kuat, baik dan matang untuk apa yang diperjuangkan.

Saya terima fenomena ini sebagai satu neraca, bahawa masa depan negara kita akan penuh warna-warni.

In case, Allah bagi rezeki saya ada anak, dan anak saya lantang, saya tetap menyokong dia atas apapun perjuangannya.

Sunday, November 16, 2014

Musim sejuk dan kebekuan daya fikir

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 16, 2014 0 komen best

Cuaca sejuk di Istanbul sekarang, suhu tempat saya tinggal sekitar 13˚C.

Bersyukur, Allah memberikan saya peluang merasai suasana ini.. Saya sendiri cukup terkejut yang saya begitu bersahaja melalui dua bulan ini..tanpa apa-apa kerisauan yang teramat.

Hari ini, hari Ahad.. saya menemani adik-adik ke airport untuk urusan pendaftaran sim Avea. Entah kenapa rumit sangat proses telefon di sini. Bayar cukai telefon, pendaftaran sim.. untuk permulaan.

Sepanjang di sini.. doa saya tak putus agar ibu abah sentiasa sihat.. walaupun saya mengharapkan yang ibu abah merindui saya.. rasa sedih sikit sebab saya sendiri pun tak tahu yang saya akan berada di sini lebih lama..

day passes by means that i am closer to the day i am going home.

Still counting.. and better dont count.. lebih baik tak letak expectation, takut keciwa..

well. teringin nak beli buku kat sini, tapi setakat setiap hari kat sini tak sempat nak baca buku sangat, kecuali pada masa menunggu.

mungkin nak ulang baca buku Morrie tu kut. sedih giler bawak satu buku je

Musibah sepanjang di Turki

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 16, 2014 0 komen best

Tajuk entri tu, macamlah kat Malaysia xpernah kena uji kan.

well.. berada di tanah orang, haruslah teruji kekentalan jiwa kita ni.. Sungguhpun orang Turki ni baik belaka, ada juga yang rosak akhlaknya..

Antara perkara-perkara yang membuat saya rasa teruji sepanjang berada di Turki;

1. Kena "ketuk" semasa naik teksi

Dalam perjalanan dari Yusufpaşa ke Atarturk Airport, pemandu teksi memaksa saya membayar 100TL dek kerana saya membawa terlalu banyak barang.. bila saya bercerita pada kawan2 Malaysia yg lain.. mereka tak terkata apa. Sebabnya, paling mahal dari laluan biasa pun 40-50 lira. Mungkin sebab faktor saya berseorangan, dan tak pandai cakap Turki.  Tak tahu nak kata redho ke tak.. sebab sampai sekarang saya masih geram bila teringat..

2. Telefon dicuri semasa dalam Metrobus

Walau dimanapun anda berada, kalau dalam bas, atau mana2 pengangkutan awam, pastikan dompet dan telefon anda terjaga rapi.. pada waktu kejadian, saya memakai kot tebal, sebab cuaca sejuk.. jadi tak perasan langsung semasa ianya diambil dari poket saya, walaupun telefon tersebut sebesar Samsung Mega.

Samsung Megaku dalam kenangan.. semoga Allah melindungi saya dari kejahatan manusia, sebab terdapat banyak gambar dan data peribadi dlm telefon tersebut.

3. Sexual Harrasment dalam Metrobus

Gangguan seksual ini tak berlaku kepada saya tetapi kepada kawan saya, ketika saya tak berada di tempat kejadian. Walaubagaimanapun ia tetap memberi kesan kepada saya, membuatkan saya rasa bimbang dan mengelak daripada menaiki bas yang penuh. Orang Turki ada waktunya busuk kot tak mandi.. kalau naik bas penuh tu rasa macam nak muntah pun ada.

However, nak cerita macammana gangguan tersebut berlalu memang amat memalukan. Mungkin, cincin hiasan yang abah bagi ini menjadi protecting shield. Most of the time Turkish akan assume orang yang pakai cincin dah kahwin..

Tak ada yang lebih banyak dari rahmat Allah.. Allah uji kita supaya kita menghubungkan diri denganNya..

Saya cuma berharap dapat balik Malaysia cepat.. walaupun saya merasakan Turki adalah syurga..

Saturday, November 15, 2014

Bila nak balik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, November 15, 2014 0 komen best

Bila Nora nak balik?
Kin, bila balik Malaysia?
Nora, ne zaman geri Malezya gidiyorsun?

Bilmiyorum. Saya tak tahu.
Mungkin minggu ni. Mungkin hujung bulan.

I have made a promise..that...

However. The longer the stay, the harder to say goodbye. I even received a lot of kindness and presents from Turkish fellows. Seems like they love me so much, and I felt welcomed a lot. Being loved.

To my dearest ShuMin, I promised that I will not forget her.. insyaAllah, until we meet again.

still, I feel like I'd love it to stay longer. It feels like a heaven here, I dont need to drive cars and hesitated about my monthly expenses.

But staying longer means I am selfish.. Because I loved it to be missed. Feels like I'm already deceased.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea