Wednesday, November 12, 2014

Turki

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 12, 2014 0 komen best

Apa yang saya buat di Turki ialah bekerja. Membuat penyusunan untuk kemasukan pelajar persendirian ke universiti. Secara part time nya, menyantuni mereka, berkawan dengan mereka, dan bersabar atas apa sahaja kerenah yang ada.

Bergaul dengan mereka setiap hari membuatkan saya re-living hidup saya enam, tujuh tahun dulu. Menyelami semula apa yang saya fikir dan buat semasa seumur mereka. Mungkin saya pada masa itu sedang sibuk mencari diri. Berusaha menjadi baik. Dan bersyukur, berjumpa dengan Ummi solehah yang mengajar erti menjadi hamba Allah.

Turki memberikan saya banyak masa untuk berfikir. Membandingbeza. Membuahkan syukur. Dan ingin mengubah sesuatu.

Saya ingin menjadikan bangsa saya (baca:nation) lebih baik, sepertimana orang Turki. Wajah Turki yang kita lihat sekarang ini telah melalui satu proses yang panjang. Ketulenan bangsa mereka, adalah hasil pimpinan yang amat panjang dan dahsyat. Mereka hidup dalam produk mereka sendiri. Dan Allah masih mengurniakan bumi bertuah ini dengan ahli agama dan rakyat yang soleh..

Namun, negara kita berbeza. Ia penuh dengan warna warni budaya, dan saya ingin hidup sampai tua untuk menjadi rakyat yang memakmurkan negara.

Wednesday, November 05, 2014

Terlepas hadir weddingsss

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 05, 2014 0 komen best

Missing another best friend's wedding again, this week. Dalam masa sebulan sahaja, saya terlepas empat majlis perkahwinan sahabat rapat.. The only things I felt bad while being in Turkey.

Masa zaman belajar dulu, kawan-kawan selalu berkelakar, mengatakan yang saya takkan datang ke majlis mereka kerana sibuk bekerja. Sebab masatu, susah benar saya nak kelihatan berada di bilik. Hidup saya dulu sebagai pelajar, sibuk dengan program. Pagi pergi kelas, petang pergi library. Malam tido. Hujung minggu dengan program.

Bilik hanya hotel.

Jadinya bila dah habis belajar, dapat pula kerja macam ini-yang sentiasa menuntut perhatian, hujung minggu pun kadang-kadang kerja. Biasanya, masih memperuntukkan masa dengan program. Kalau ada kenduri kahwin, kalau xjauh, mesti pergi. (Kalau jauh, kena merayu dengan abah, dapat izin baru boleh pergi).

Therefore I have alwaysssss made effort to put weddings into my weekend schedule. Kalau boleh nak datang majlis nikah, tolong cuci pinggan sekali.

Dapat datang majlis kahwin orang, is a happiness.. ia menunjukkan betapa baiknya hubungan kita dengan pengantin atau keluarga pengantin. Dan, abah ibu appreciate sangat orang yg dapat datang kenduri kakak dulu.

Its a happy things, you get to knows who's who. Selalu sangat ter-interrelated dengan sedara mara dan kenalan pengantin bila jumpa kat kenduri kahwin, sambil berkata, "what a small world!".. Thats why wajib hadir jemputan kalau tak ada aral.

Masin mulut kawan-kawan saya. Diorang lah tu yang kawin saya tak boleh datang tu...

Monday, November 03, 2014

Day 34: Tenang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 03, 2014 0 komen best

Bukan senang nak dapat tenang.

Malam tadi mimpi saya sangat indah..sehinggakan saya ingin merekodkannya di sini. Ia amat jelas, kata-kata yang diucapkan..

Dalam satu majlis keraian, seorang gadis Cina yang saya temui di Turki ini, mengatakan bahawa setelah bergaul dgn rakan2 Muslimah di Turki.. dia merasa selamat dan bahagia sehingga dia ingin masuk untuk menjadi sebahagian daripadanya. Kemudian, dengan lafaz yang tidak begitu teratur, dia menyebut..

"Asyhadu an Laa Ilaaha Illallahu
Wahdahu La syari ka lah
Wa Asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasuluh.."

Dalam mimpi tu.. dengan airmata penuh lebat di pipi.. saya peluk dia sambil mengucapkan tahniah, selamat datang..

At the end of that dream, I see her already wearing a scarf.. Turkish style..

The feelings was too deep when I woke up.

Well.. harini 10 Muharram. Saya berpuasa sunat. Esok juga insyaAllah. Rasa rindu, teringin nak makan bubur lambuk (bukan bubur Asyura).. hehehe..

Saya masih di Turki, dan tidak tahu adakah orang di Malaysia merindui saya.

Sunday, November 02, 2014

Day 30: Kehidupan dan Mimpi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 02, 2014 0 komen best

Tajuk sepatutnya ialah Life & Dreams. Dah lama tak tulis tajuk yang bunyinya macam tajuk puisi sastera.

Saya pernah tulis dalam entri sebelum ni, yang saya selalu yakin jalan hidup saya sentiasa dimudahkan Allah.. Figuring out my life, Yes, syukur alhamdulillah, Allah selalu memakbulkan keinginan yang kuat dalam hati saya..

Pertamanya, saya selalu berniat untuk tak ingin menganggur, setelah tamat pengajian. Keduanya saya ingin sekali bekerja, belajar atau hidup jauh di luar negara. Ketiganya, saya berazam untuk tidak gagal dalam apa-apa subjek sepanjang pengajian di universiti, konvo tepat pada waktunya, tak ada extend atau repeat year. Panjang lagi sebenarnya senarai kesyukuran saya tentang hidup ini.. terutamanya dapat tempat kerja yang mempunyai suasana soleh.

Namun.. dalam senarai keinginan hidup yang panjang ini.. adanya beberapa perkara yang belum termakbul. Dan saya terfikir.. adakah saya masih ingin membiarkan keberlangsungan hidup ini tergantung kepada que sera sera, atau mula cuba mempercepatkan proses hidup?

Hidup ini, jiwa ini kadang-kadang kelakar(aneh) rasanya.. I keep saying that my stomach missed curry, sambal and all that.. which makes me sad and lose appetite. But later on I tell myself, 'why dont you just indulge your life, kin? Its Turkey, everybody's place of dream!' And, I, at that moment, automatically stop feeling worst for not flying home yet.

Tanda-tanda kebesaran Allah dalam diri kita sangat banyak.. antaranya.. diri kita boleh diajar dan diberitahu tentang apa yang ia mahu, perlu, dan tidak perlu.

Jadi.. aku dah start melalut sebab mata dah mengantuk.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea