Wednesday, April 18, 2012

Anak Helang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 18, 2012 2 komen best
Saat saya ingin menulis tentang ketidakmatangan saya, saya terjumpa puisi yang sungguh indah yang pernah buat saya menangis tersedu-sedu.
Puisi Anak Helang

Seekor anak Helang
Meminta izin bapaknya mahu terbang
Ke lain padang
Melatih sayap mengembang
Mencari pengalaman
Menajam pandangan.

Tapi pada bapaknya menyata bimbang
Akan cabaran sengit bakal mendatang
Tentang kemungkinan hilang
Jalan pulang
Mengkhianati bangsa, menjadi petualang.

Bapaknya helang memberi pesan seorang guru:
“Silalah anakku sifatmu helang harus mendalami ilmu
Tapi ingatlah segala ajaranku kepadamu selalu
Kerangka dan dasar pengetahuan dalam dadamu itu
Sungguhlah benar, jangan kau curiga dan ragu
Perhalusi lagi, dan bandingkan dengan yang lain itu”.

“Harus sentiasa sedar harga diri dan peranan sejati
Tiada guna jika gagak berjuta, musuh bangsa, memuji tinggi
Walau bangsamu jumlahnya kecil, peranannya tersangat suci
Itu amanah kita dari azali, pilihan maknawi.”

Anak helang terbang jauh melihat alam pelbagai ragam
Singgah di suatu padang melihat gagak galak berkawan
Ramainya bukan kepalang, hitamnya menawan
Langit nan terang di waktu siang dipergelapkan
Bisingnya menguasai padang dan segala hutan
Sampah dan bangkai mencerminkan kelazatan.

Si anak helang menumpang gagak mengisi dada
Raja gagak melihat kemungkinan besar tiada tara
Jika berjaya menggagakkan helang mencari kuasa
Menumpas helang sebagai burung perkasa di muka dunia.

Selagi helang mengenal dirinya selagi itulah gagak semua
Gagal merebut takhta kerajaan burung segala.
“Jika si anak helang itu dapat digagakkan kita
Dia akan dipulangkan pada bangsanya
Dan berperanglah untuk kita.
Jika helang tidak lagi terbang tinggi di puncak sana
Jika matanya ditumpulkan seperti kita
Jika makanannya dibiasakan sampah, bangkai dan sisa
Dia akan menafikan bapak sendiri, tidak mengenali bangsa
Akan meruntuhkan sarang bangsanya; tak terdaya kita.”

Memang setelah bertahun berguru pada gagak semua
Bulunya dihitam-kilatkan menyilau mata, untuk diterima
Lagunya semeriah, sebising, senyaring burung pensisa.
“Menangkap rezeki penuh risiko di dada angkasa,
Merugi masa, dan tenaga”, katanya.
“Lebih mudah mencuri sisa di tong sampah saja”.
Sekian lama berguru, ia dinobat wira nan perkasa
Diutus pulang ke padang asalnya memikul cita
Merubah helang mengikut millah gagak belaka.

Pulanglah helang bertemu ayahnya guru awali
Ayahnya melihat terbangnya tidak menghelang lagi
Suaranya bukan lagi menyanyi lagu asli
Tapi lagu baru yang tidak pernah didengari
Sepanjang sejarah helang tidak didendangi.

Sepanjang zaman bangsaku melihat tajam perubahan
Insan kehilangan diri setelah lama berjauhan
Kejauhan zahir terlihat pada jarak zaman dan ruang
Kejauhan batin terbukti pada akhlak ang pincang
Terpapar dalam Kisah si Tenggang dan Malim Kundang
Dalam perubahan jiwa jutaan cendekiawan malang.

Anak helang kehilangan diri, disanjung gagak di luar negeri:
Pulang ke sarang asli berbulu hitam, suara nyaring ngeri
Menghalau keluarga sendiri, menganggap jahil guru awali
Ajaran Nabi dan pewaris tradisi disifat tiada sesuai lagi
Bagi meniti arus pluralisme dan cabaran globalisasi.
- Petikan dari “Dalam Terang”
Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud
sumber: http://perwi6.blogspot.com/2008/09/anak-helang-puisi-sempena-merdeka.html

Puisi ini telah dideklamasikan oleh Encik Mohd Nizam bin Mohd Ali, Pengarah Institut Integriti Malaysia di '3rd Regional Convention on Student Development' di Bandung, Indonesia.

Bila google, rupanya, banyak puisi tulisan Prof Dr Wan Mohd Nor yang menggambarkan dunia sekarang, harapan, teguran dan sindiran. Sinis. Ada masa, saya akan cuba cari karya berkaitan, dan lebih banyak membaca tentangnya nanti, mungkin Dr Wan akan jadi penulis puisi feveret saya selepas Khalil Gibran.

Alangkah ruginya kalau kita menjadi si helang yang hilang gagahnya.

Friday, April 13, 2012

Bandung.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 13, 2012 3 komen best
Alhamdulillah, Allah izin, saya selamat sampai ke tanah air selepas 4 hari di negara orang, Indonesia.

Indonesia, khususnya Bandung dan Jakarta, sudah menjadi satu kenangan buat saya. Mungkin, akan datang, kalau Allah izin, saya ingin nak jejak kaki lagi ke sana.

Saya ke sana bersama sekumpulan pelajar UUM yang lain untuk menghadiri 3rd Regional Convention on Student Development yang membincangkan tentang Peningkatan Kepimpinan Pelajar: 'Membangunkan Keperluan dan Integriti'. Program ini merupakan anjuran UUM dengan kerjasama Universiti Padjajaran,  Indonesia. Secara keseluruhannya, program ini membincangkan tentang integriti, dihadiri oleh ramai cendekiawan dari serata Asia Tenggara dan pelajar-pelajar daripada universiti-universiti di Malaysia.

Feels great, feels happy, feel good, best and worst at the same time.

Sepanjang berada di sana, saya sentiasa meminta Allah membuka hati dan memberi ibrah daripada apa yang saya lalui dan mampu pelajari daripada kembara yang jauh. Tanpa izin Allah, hati yang tidak terbuka ini akan menjadikan segalanya sia-sia.

Bandung
Kapasiti penduduk di Bandung adalah padat, sangat padat. 27 juta. Dan rakyatnya hidup secara survival. Kecil-kecil sudah perlu mencari rezeki sendiri. Jarang yang meminta-minta tanpa melakukan apa-apa. Ketika kami berhenti di mana-mana hentian rehat, pasti, ada saja anak-anak membawa gitar dan drum kecil, menghiburkan pelancong, menyanyikan apa-apa lagu. Sepanjang perjalanan, kalau waktu malam, melihat orang tidur di kaki lima juga adalah biasa. Bau hancing ketika berjalan kaki juga biasa. Mereka bukan mundur, tetapi sedang mencipta arah kehidupan sendiri.

Hidup ini pendek. Kita hanya melalui setiap detik, cuma sekali saja. Sepanjang berada di sana, saya merasakan betapa tidak adilnya saya berada di situ, makan di dalam hotel mewah, sedang beberapa orang di luar hotel yang jaraknya dengan saya hanya 2-3 meter sedang berjualan, menahan panas dan lapar. Melalui Mahlil (pelajar UNITEN), saya dapat tahu, untuk sehari, nak dapatkan Rp 30 000 (dalam kurang lebih RM10) pun saaangat susah.

Pencopet
One of the most important scene semasa di Bandung ialah kawan saya dirompak tanpa saya dan rakan-rakan perasan. Kepantasan mereka melakukan kerja ini ialah kurang seminit. Jadi, kalau berada di Bandung, sentiasalah berhati-hati.

Integriti
Konferens ini adalah tentang integriti. Soalnya, Integriti itu apa?

Kali pertama saya disuakan dengan integriti ialah ketika di MRSM Muar, ketika seorang lelaki bernama Encik Nizam memberikan ucapan tentang integriti. Integriti itu bermaksud bermaruah. Dan dalam kehidupan masyarakat yang semakin rosak ini, mesej integriti amat bermakna untuk disebarkan. Menyebut dan mendidik manusia untuk berintegriti juga adalah satu bentuk da'wah yang kreatif, since manusia mungkin tak mampu nak terima perkataan 'jadilah manusia berakhlak' atau, 'hentikan rasuah'.

Survive
Secara keseluruhan, hidup ini tentang survival. Saya akan berhenti marah atau rasa irritated bila teringat yang semua orang sedang berjuang, dan mereka berjuang di atas jalan yang dirasakan betul. Untuk menilai betul-salah jalan perjuangan kita, neracanya adalah neraca syara'.

Teruskan, berjuang!

Wednesday, April 04, 2012

mengerti

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 04, 2012 0 komen best
Ini adalah satu lagi post lump-sum kepada apa yang saya hadam dalam hidup ni, akhir-akhir ini.

Hikmah
Harini saya menemui satu lagi mutiara hikmah.

"Jangan biarkan ketidaksukaan kamu dan cela yang ada dalam hati kamu menutup kebenaran yang wajar dibenarkan".

Well, secara umumnya manusia suka menambahburukkan lagi apa yang tak disukainya walaupun hal itu jernih dan baik. Begitu juga sebaliknya, manusia suka mengungkapkan kelebihan sesuatu atau seseorang secara berlebihan walaupun hal yang disukai itu adalah buruk dan meloyakan.

Itu tidak adil namanya.

Mengerti
Allah sentiasa Adil.

Harini saya sakit, sebenarnya, sebab semalam saya dah melalui dua hari yang berat dengan tugasan dan presentation. Kena hujan lagi.

Allah 'bagi' lagi. Mungkin, dengan sakit ini, saya akan lebih beriman. Allah telah mengkhabarkan bahawa, Dia memberi kesenangan kepada hambaNya kerana jika diberi kesusahan, dia akan kufur. Dia juga memberi kesulitan kepada hambaNya kerana, jika diberi kesenangan, hamba itu akan kufur.

Allah Maha Indah.

Hospital
Hampir dua minggu lalu, saya mengunjungi hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. Pada waktu itu, jiwa saya sarat dengan keserabutan dengan tanggungjawab, tugasan dan hidup. Kadang-kadang, ada waktunya saya tak dapat mengenalpasti apa yang utama dalam hidup ni. Kalau dalam mengenal keutamaan pun, saya rasa masih suka buang masa. Dan Allah izin, Dia pilih saya ke hospital sebagai sukarelawan pada waktu Jumaat malam, 16 Mac.

Apa yang saya temukan sepanjang berjaga di hospital ialah, hospital adalah tempat yang penuh dengan kerisauan dan harapan. Dan ia dipenuhi oleh orang-orang yang mati rasa. Rasa macam jiwa penuh insaf, bila terfikirkan yang mungkin ibu saya pernah mendukung saya sepanjang masa di hospital ketika saya sakit tanpa saya tahu. Hospital adalah ruang realiti di mana manusia berjuang untuk hidup untuk sedikit masa saja lagi. Tidak ada manusia, yang datang sambil tersenyum-senyum. Semuanya datang dengan muka risau, termonyok, dan dalam kesakitan.

Lalu saya mencoretkan sesuatu di ruangan facebook, yang bunyinya seperti ini;
Bila rasa macam hilang erti hidup.. mungkin anda boleh pergi hospital, duduk seharian atau semalaman kat situ..

Hospital adalah ruang realiti, memberitahu kita bahawa ibu kita pernah semalaman menunggu kita di hospital untuk mendapatkan rawatan. Hospital adalah tempat yang penuh dengan kerisauan dan harapan. Disana juga kita dapat melihat wajah masam anak bila terpaksa hantar ayah yang sakit ke hospital dua tiga pagi. Atau kasihnya anak sampai terpaksa tunggu mak kat wad sehingga berhari-hari.

kenapa nak hilang erti hidup, bila ada yang telah berkorban untuk kesejahteraan hidup kita?

kenapa nak hilang erti hidup, bila ramai yang sedang bermati-matian berjuang, untuk menikmati sesaat lagi, meminta Allah memanjangkan nyawa, biar mampu menebus dosa dan terus beribadah?

engkau sedang menikmati kesihatan. hidupkan jiwamu, dan teruslah bekerja.. tanggungjawab, lebih banyak daripada masa yang ada!
Lepas balik daripada hospital, rasa termotivasi banyak, rasa kembali segar sebab tersedar, masih banyak kerja belum dibuat sebelum mati. Tak ada masa sebenarnya untuk rasa lesu dan terbeban dengan hidup.

Pasport
Semalam saya ke pejabat imegresen di Bukit Kayu Hitam, untuk buat pasport, kali pertama, untuk menghadiri konferens di Bandung minggu depan. Dan, pada saya, pejabat ini pun adalah satu lagi ruang realiti.

Macam-macam spesifikasi rupanya yang mesti ada kalau nak keluar sempadan ni. Iyalah, kalau orang yang Allah izin urusan mudah macam saya mungkin tak ada masalah, duit pun masih cukup untuk buat gambar baru setelah di-reject, dan lain-lain lagi. Tapi, sepanjang dua jam saya di situ, rasa kasihan pada beberapa orang sebab tak dapat melepasi sempadan untuk menghadiri kematian di Thailand atas sebab IC dah buruk dan pegawai tu kata, "dah mati pun..".. (macam senang je dia cakap macamtu..) Dan ada juga orang yang tak sah taraf tak boleh ke luar negara sebab anak tak ada surat beranak.. juga tak boleh bawa anak kalau tak ada surat nikah.. Dan, saya juga dapat tahu, amatlah sulit hidup ni kalau berkahwin dengan bukan warganegara sebab perlu banyak urusandengan imigresen. Isu cip IC tak boleh dibaca pun satu masalah, terutama bila IC tersebut dah lama. Where's the quality, Malaysia?

Beberapa perkara penting semasa buat pasport ialah, gambar berukuran pasport mestilah terang dan jelas berlatarbelakangkan warna biru dan kalau yang muslimah, warna tudung biarlah hitam supaya orang imigresen tak bising disebabkan scanner tak boleh baca wajah anda yang manis itu. Kalau boleh pasport tu biar yang nampak muka je.

Dr M & Hilal
Saya suka membaca dan suatu hari saya memegang buku tentang kisah sirah di hadapan sahibah jurusan lughah, penuntut di Universiti Insaniah. Lalu dia bertanya, "tulisan siapa ni, kin? tak ada riwayat". Tett. Hati saya tersentuh dengan sebaris kata-katanya, bahawa dia mengingatkan saya bahawa sumber yang dibaca mesti sohih dan penulis yang menulis mestilah yang thiqah (tsiqah). Kalau boleh biarlah ulama' yang mu'tabar. Masih teringat macammana susahnya dan gigihnya para sahabat nak kumpul dan tulis hadith, hatta orang yang menipu haiwan ternakan pun dah rejected dan hilang thiqahnya.

Pernah juga saya termasuk dalam perbincangan dengan makcik sahibah tentang khasiat susu ibu. Lalu saya bertanya pada makcik, "betul ke, saya dengar, kalau susu ibu sebelah payudara kanan itu makanan unuk bayi dan sebelah kiri cuma air susu sahaja?" pastu makcik tegur, "hidup ni mana boleh main rasa-rasa & dengar-dengar je kin, apa kata nanti, bila dah ada anak, kin buat spesimen susu badan sebelah kiri & kanan, labelkan kemudian hantar ke makmal ujian. Masatu barulah tahu maklumat tu sohih ke tidak". Orang ada fikrah Islam memang wonderful!

So, jangan salahkan Dr M kalau apa yang dikatakan beliau tak benar salahkan diri sendiri sebab tak kaji apa yang dibaca.

Ending
Mungkin ini antara entri paling panjang dalam masa dua tahun ini. Maafkan saya sebab banyak sangat menulis, moga ada manfaatnya dalam setiap erti kata. Sebenarnya, saya mengambil peluang untuk menulis ketika mampu, sebabnya, bila jiwa lemah, saya benar-benar tak mampu berkongsi apa-apa dan tulisan-tulisan bermanfaat terbazir menjadi draft.

Moga Allah ampunkan kita.

Monday, April 02, 2012

Saja-saja

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 02, 2012 1 komen best
Suatu waktu dahulu, ketika menghadiri sebuah camp, kami ditempatkan di sebuah kawasan rekreasi yang punya beberapa batang sungai dan anak sungai, dan ada beberapa jambatan untuk kami titi sebelum sampai ke kawasan camp. Pada awal mula program, tiba-tiba kami ditanya tentang berapa banyak titi kami dah pijak, berapa anak sungai di kawasan camp, berapa ramai peserta yang ada, siapa nama petugas, lagi dan lagi.. Sejak itu saya tahu takrif muslim bahawa sifat seorang muslim itu tak melakukan sesuatu dengan saja-saja. Dia peka dengan persekitaran, hatta berusaha mengingat nama penuh sahabat yang baru dikenal. Akhlak ini merupakan akhlak junjungan kita, Rasulullah, juga akhlak da'ie dan murobbi yang diceritakan dalam buku tulisan Abbas as-Sissi tentang Hasan al-Banna. Secara generalnya, muslim meninggalkan hal-hal yang lagha. (*then, kita..? melaksanakan segala hal lagha yang wujud atas muka bumi.)

Muslim, tak melakukan sesuatu dengan saja-saja.

Dia tak berjalan saja-saja. Dia juga tak diam saja-saja. Dia tak saja suka-suka berkawan. Dia juga tak tidur saja-saja. Bila berkata, dia tak berkata saja-saja. Bila sakit, dia tak saja-saja sakit. Bila bermain, dia tak bermain saja-saja.

Berjalan seorang muslim itu sambil memerhatikan, diam seorang muslim itu muhasabah dan fikir dan zikir, dia berkawan kerana ukhwah atas iman, tidurnya bukan pada waktu yang tidak sepatutnya, dan bila berkata-kata, dia mengucapkan yang baik-baik saja. Sakitnya suatu rahmat atas keampunan dosa, dan bermainnya untuk mencapai matlamat sihat tubuh badan.

Muslim juga tak makan dengan saja-saja. Makannya hanya untuk sihat, mencari rezeki halal, untuk menjana tenaga buat berubudiah kepada Allah.

MasyaAllah, indahnya menjadi muslim! Tak terungkapkan!

Kawan, saya di sini yang menuliskan ini juga tidak ingin menulisnya dengan saja-saja. Moga diri ini terus dipilih Allah untuk menjadi muslim dan mukmin.

another note to myself. berhentilah menjadi manusia lagha yang tak produktif.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea