Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday #2

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 17, 2011 0 komen best





Sunday, August 14, 2011

Di dalam sebuah kotak bernama kenangan..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 14, 2011 0 komen best
Saya baru je buka kotak lama.. barang-barang waktu sekolah dulu. Macam-macam, segala benda ada dalam tu. Dulu saya tulis diari, jadi ada beberapa buah diari tersimpan dalam tu. Masih teringat, masa form 4 saya tulis diari sampai 3 buah. Tapi sejak ada blog, saya hanya beli planner dan tak lagi menulis diari.

Banyak betul gambar dalam tu. Semuanya menunjukkan rupa diri saya yang dulu.. Paling mengejutkan, saya terjumpa 2 keping gambar yang ................~
*isi tempat kosong*

Kenangan, ada kalanya dan sampai waktunya, ia perlu dibuang.. sepertimana saya membuang ingatan terhadap kawan-kawan sekolah.. mungkin kerana ini saya jadi seorang pelupa, sebab saya tak suka ingat orang, kesilapan-kesilapannya.. tapi.. barang-barang yang disimpan tu sarat dengan makna.. 


hati dan jiwa saya juga terluka bila membaca kembali surat-surat kawan-kawan.. surat-surat semasa saya mahu berpindah dari MRSM Muar, terutamanya. Ada kalanya saya merasakan yang setahun di MRSM Muar adalah mistake.. In the same time, ia juga turning point untuk saya berubah.. Di sana saya berjumpa dengan beberapa orang yang hebat yang masih menjadi orang penting dalam hidup saya.

Melalui kotak itu, saya faham.. dulu saya tak faham kenapa saya belajar.. dan kenapa saya mesti berjaya.. dulu saya selalu ditekan oleh tok aki untuk dapatkan no. 1 tanpa saya faham kenapa.. bila Tok aki dah meninggal, saya dah tak nampak hala tuju.. jadi, walaupun ada saya selalu menerima nota dengan makna supaya saya belajar lebih tekun, saya tetap main-main.. perasaan sayangkan abah dan ibu sahaja tidak dapat menjadi alasan yang kukuh untuk saya berjaya.

Sejak mengenal Allah, tarbiyyah dan dakwah, kehidupan semakin tersusun dan bererti.. pandangan pun makin terarah.. jiwa semakin kuat bertekad dan berhidup.. saya bukan berkorban, tetapi memang hidup saya untuknya. perkataan berkorban itu tak layak bagi saya, sebab memang Allah dah jadikan saya untuk itu.

Saya tak nafikan, hanya ilmu, Islam dan keizinan Allah yang mengangkat diri seseorang itu..

Allah, izinkanlah kami untuk berada di atas jalanMu!



Monday, August 08, 2011

mumble less monday #2

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 08, 2011 1 komen best
Sudah sampai masanya.. untuk kita renovate hati kita.
Memberi ruang untuk memaafkan diri, menjahit kembali hati yang koyak oleh kesengsaraan menanggung dosa yang terlalu banyak..

Hati kita perlu diubati dengan mengenal Tuhan.
Hati kita perlu ditemani dengan al-Qur'an.

Semoga Allah pilih hati kita untuk menjadi hati yang sejahtera.
Amin!

Saturday, August 06, 2011

lelaki, dapur dan anak-anak.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 06, 2011 0 komen best
Baru-baru ni saya ada temankan jiran saya, yang saya panggil Auntie untuk ke Pusat Rawatan Islam di Bangi untuk memeriksa kesihatan anaknya yang comel.

Semasa menunggu Auntie selesai bertemu dokter, saya terfikir.. kalau saya berkahwin nanti, saya inginkan suami saya untuk turut sama hadir ketika anak sakit.. bersama-sama merawat anak-anak dan sudi meluangkan sedikit masa walaupun sibuk.

Lelaki dan dapur
Saya ada dua orang adik lelaki yang hanya akan buat kerja dapur kalau kena paksa. Cuma bila ada mood je diorang buat sendiri. Mungkin ini adalah kesan daripada trait abah saya yang bukan jenis masuk dapur sejak usia muda (Abah lahir dalam keluarga yang ramai anak perempuan).. dan anak-anak lelaki dalam rumah saya tak diajar pun untuk masuk dapur.. semua ibu buat sendiri, kalau kakak dan saya tak ada di rumah..

Jadi lelaki bukan alasan untuk tak masuk dapur.. Di utara, saya kenal rapat dengan seorang yang saya panggil ummi.. suami ummi seorang guru biasa yang suka buat kerja rumah.. sifat suami ummi sangat saya kagumi, sebab dia sangat loving.. dia sangat sukar berenggang dengan anak-anak dan akan tidur dengan anak-anak.. ummi juga kadang-kadang suka berkongsi tentang kebaikan walid pada keluarga. Walid sendiri rajin cari resepi kat internet dan buat sendiri kuih muih. Kata ummi, donut yang dibuat suaminya lebih sedap berbanding Dunkin Donuts!

Isteri solehah
Berbalik kepada cerita Auntie.. bila saya lihat dia.. saya mendapat satu erti tentang menjadi isteri. Kalau saya jadi suami auntie, saya akan mengiktiraf auntie sebagai isteri solehah. Kenapa? Sebabnya, auntie hanya akan lakukan sesuatu dengan izin suaminya.. dan auntie tidak melanggar larangan suaminya walaupun apa yang dilarang suami Auntie taklah haram pun.. contohnya, anak auntie sangat suka makan KFC & McD.. tapi bila uncle boikot makanan tu dan larang auntie beli McD & KFC, auntie sanggup menahan keinginannya..
(info: auntie merupakan seorang mualaf..dan dia kurang alert dengan isu-isu berkaitan boikot.. dan suaminya merupakan orang yang sangat tegas.. menurut auntie, ketaatan auntie berpunca dengan keyakinan kepada janji Allah & Rasulullah bahawa isteri yang taat akan ditempatkan di syurga melalui kisah wanita pertama yang masuk syurga )

konklusinya pada saya, isteri solehah tak semestinya bertudung labuh.. seorang isteri itu solehah apabila selain dia taat suruhan Allah, dia menjadi penyenang hati suami dan redha & taat pada suami.. pada saya taat itu adalah hal yang sangat berat dan susah.. sedangkan kadang-kadang dengan ibu dan abah pun saya rasa macam cepat nak marah apatah lagi dengan seorang lelaki asing yang bergelar suami..

Ayah soleh, anak pun soleh..
Generasi soleh itu juga bermula daripada seorang lelaki.. Benar, iman itu bukan warisan.. Tetapi riwayat dalam al-Qur'an banyak menyebut lelaki sebagi pendidik anak.. al-Qur'an telah merakamkan dialog antara ayah dan anaknya.. Luqman al-Hakim, Nabi Ibrahim dan Ismail, Nabi Ya'qub dan Nabi Yusuf..

Saya masih berfikir kenapa Allah mengangkat para ayah dalam menasihati anak.. Sedangkan ibu lebih banyak masa dengan anak. Namun saya tak nafikan, kata-kata abah lebih berkesan pada saya berbanding kata-kata ibu.

Semoga Allah kasihkan kita..
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea