Dalam sedar, kebanyakan perbincangan berkisarkan hal-hal membina dan memartabatkan bangsa, sekaligus mengulang kembali fakta tentang kedudukan bangsa, kajian semasa tentang kebenaran sejarah dan beberapa hal berbangkit.
Setiap orang itu mempunyai perjuangannya yang tersendiri. Orang yang menggelarkan dirinya pejuang, mempunyai prinsip yang sama: pantang menyerah. Mungkin kerana ego, mungkin kerana maruah, mungkin kerana kepentingan. Setiap prinsip perjuangan ini dipegang dan diperjuangkan kerana kefahaman mereka yang jitu kepada kemahuan yang ada.
Ketika melihat video Perjanjian Baling (yang tidak sukses itu), saya memahami sesuatu. Lee Kuan Yew tidak bersetuju dengan tawaran Tunku Abdul Rahman mungkin kerana ia menyebabkan perjuangannya tidak mencapai tujuan dan mencalarkan maruah bangsa yang diperjuangkan.
Kita rasa macam orang lain salah, kita betul. Itulah juga yang dirasai oleh mana-mana orang yang sedang berjuang. Sebab itulah timbulnya konsep Machiavelli dalam peperangan, iaitu menghalalkan segala perbuatan yang membolehkan pencapaian kehendak dan tujuan.
Kalau nak tahu perjuangan kita betul atau salah, senang je. Back to the basic: menilai perjuangan menggunakan neraca iman, menimbang sama ada ia berat kepada halal atau haram, mengikut pandangan Allah.
Menurut al-Maududi dan al-Qutb dalam Manhaj Hidup Muslim, seorang Muslim itu sifatnya mesti menyukai sesuatu yang Allah suka walaupun hati dan jiwanya tidak bersetuju dan tak suka, manakala ia mesti membenci sesuatu yang Allah benci walaupun hakikatnya dirinya amat suka dan cinta kepada perkara itu.
Kita kena faham, kenapa Allah jadikan kita. Allah, jadikanlah kami hamba yang memilih ketaatan!
