Wednesday, February 23, 2011

warehouse, i'm in love!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 23, 2011 1 komen best
Sebagai pelajar BBA Logistic&Transport, salahsatu subjek yang saya pelajari ialah Pengurusan Pergudangan. Biasanya kami sebut Warehouse aje.

Bila sebut warehouse, ia sinonim dengan nama 'Encik Adam'. Gambaran kepada Encik Adam ialah seorang yang strict, garang dan banyak rules. Well, tak kenal maka tak cintalah, kan.. Encik Adam is my 'teacher' among lecturers.. Bukan setakat memberi kuliah, tetapi mendidik dengan caranya yang tersendiri.

Without doubt, i will salute any of lecturers who are really teaching..

Walaupun saya masih belum memahami sepenuhnya apakah itu warehouse dan sistem-sistemnya, walaupun subjek ini memberi cabaran yang aneh-aneh, saya sedia menerimanya, melaluinya, menghadapinya.

Subjek warehouse ini istimewa kerana ketegasan Encik Adam membuatkan kami cukup kuat memberi komitmen terhadap tugasan kumpulan. Secara tak langsung kumpulan saya menjadi rapat antara satu sama lain. Dan meja saya mula menjadi mini library dengan hampir kesemuanya buku tentang human capital, Logistics Management dan transport policy. Saya mula menelaah kamus dan membaca jurnal di Emerald. Perubahan-perubahan yang cukup drastik ini membantu saya mendapat gambaran yang lebih tentang logistician, sebenarnya.

May Allah bless you, Mr Adam. And, to my classmates, lets work harder together!

Tuesday, February 22, 2011

kecewa kerana cinta

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 22, 2011 0 komen best


Semasa saya baru menjejaki dunia remaja, saya selalu berfikir satu resolusi supaya saya tak terjebak dengan cinta monyet. Sebenarnya, saya tak ingin mahu, walau sekali pun, mengenal apa itu kecewa. Kerana kalau ia menimpa saya, pasti ianya satu perkara yang sangat menyedihkan dan amat berat untuk saya melaluinya.

Namun, kejahilan saya telah membuatkan saya berjaya terjebak ke dalam kancah 'cinta palsu' di sekolah tanpa saya sedar. Maklumlah, cinta palsu bukan hanya nyata dan terang, cinta mempunyai banyak topeng-topengnya.

Ubat kepada kejahilah adalah ilmu. Alhamdulillah, Allah telah membuka minda dan hati saya untuk mengenal bahawa apa yang saya lakukan tidak diredhaiNya. Saya tak kecewa, tetapi bahagia kerana telah terlepas daripada satu 'azab' dunia. Pepatah Inggeris ada menyebut, 'you must sacrifice for something great in return'.

Ubat kepada kejahilan ialah tarbiyah Ilahi. Carilah ia, ia akan membahagiakan kita.

Berhati-hatilah dengan cinta dunia. Jika anda mencintainya, ia akan membuat anda tak tentu hala.

Wednesday, February 16, 2011

Jadilah penulis yang menulis hati dan kebaikan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 16, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga post ini membawa manfaat untuk anda yang membaca.

Menulis adalah satu daripada seribu satu kekuatan yang ada dalam dunia ni untuk saya. Apabila saya menonton cerita '1 litre of tears', melihat budak perempuan si watak utama tak mampu lagi menulis membuatkan saya rasa bersyukur bahawa saya masih dipilih untuk diberi kekuatan untuk menulis.

So, i can't give up writing. (even so i feel like giving up to write something everytime i'm feeling down).

Saya bukanlah penulis yang baik, tetapi saya sedang mencuba untuk menjadi penulis yang baik. Orang selalu bertanya bagaimana menulis blog. Kadang-kadang saya juga terlupa tentang prinsip menulis ini.

Untuk menulis blog, tulislah perkara yang dekat dengan diri penulis itu sendiri. Dan tulislah perkara yang mampu ditulis. Menulislah dengan kata-kata yang baik dan mudah difahami, dan belajarlah untuk mempertingkatkan skil penulisan dengan memperbanyakkan bacaan untuk meluaskan pengetahuan. Tulislah dengan ikhlas, dan jangan jadikan tulisan anda medan mendapat dosa. Berfikirlah sebelum menulis, kerana tulisan dan penulisan adalah gambaran otak si pengarangnya, sebaik mana dia boleh berfikir dan berkongsi.

Jangan menulis dalam keadaan anda tak mampu dan tak mempunyai keinginan untuk menulis, kerana orang lain pun takkan teringin untuk membaca tulisan anda. Your feelings will reflect what others will feel about your writing (kalau hati anda adalah hati yang bersih dan mempunyai intuisi yang jelas).

Semoga Allah kasihkan anda. Senyum! :D

Tuesday, February 15, 2011

hati 'salam'.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 15, 2011 0 komen best
perkataan 'salam' kalau ejaannya diterbalikkan akan menjadi 'malas'.

Hati pula adalah enjin bagi menggerakkan tubuh (yang kemalasan) ini.

Saya pun tak faham kenapa malas menjadi barah dalam diri saya. Malas bukan sifat orang islam yang cemerlang. Saya pun tak tahu apa yang malas boleh buat untuk saya. Yang saya tahu, malas takkan menjadikan seseorang itu kaya. Atau menjadi raja. Atau mendapatkan peluang yang terbaik dalam hidupnya. Yang saya tahu, malas akan menjadikan manusia miskin harta dan jiwa.

Meskipun saya tahu semua ini, malas masih terus membarah dalam diri saya. Jadi saya tidak dapat menulis entri di blog dek kerana penyakit yang menyusahkan ini. Jika saya terus menulis dalam keadaan hati saya rosak, saya akan merosakkan orang-orang yang membaca entri di blog saya.

Ustaz Muhtad ada menyebut; "Kata-kata dari hati akan sampai ke hati, namun kata-kata daripada lidah hanya mampu tertadah oleh telinga sahaja kerana tidak mampu untuk menggali sampai ke hati."

Doakan saya cepat sembuh dari penyakit yang hina ini.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea