Thursday, July 15, 2010

makna sekeping kertas flyers

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 15, 2010 2 komen best
Baru hari ini saya berpeluang menjadi promoter.

Perasaan menjadi promoter? seronok bila orang nak dengar apa yang kita nak sampaikan. Selama ni, bila ada je orang nak promote barang kat saya, mesti saya cuba lari. Teringat lagi masa saya baru semester satu, ada ekspo dan di pintu masuknya ada promosi Digi Campus secara besar-besaran dibuat. Ada sorang abang tu jadi promoter, dia cakap english punyalah fluent. Masalahnya, dia memakai make-up, jadi saya tak selesa. Jadi, bila lalu lalang keluar masuk ekspo tu, mesti saya akan cuba escape dari tempat digi tu.

Teringat juga, masa saya keluar dengan kawan saya di stesen KTM, baru je dapat flyers dari pemberi tu, terus je saya buang kat tong sampah berdekatan.. kawan saya menegur, "nak buang pun agak-agak aa, dekat sangat ko buang.. kecil hati orang tadi.."

Sejak saya banyak terlibat dengan kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti kampus, semakin banyak kerja belakang tabir yang saya tahu. Saya tahu, bukan mudah merancang dan mendapatkan persetujuan pihak tertentu, mencari penajaan, membuat laporan, mendapatkan keyakinan orang lain... Sekeping flyers yang diedarkan tidaklah hanya bererti sekeping kertas sahaja, di sebaliknya mengandungi banyak makna sebenarnya. Bukan sedikit usaha yang dilakukan untuk menghasilkan flyers, ia merangkumi perancangan maklumat, percetakan, kualiti kertas, kos, tenaga, dan kalau yang dipotong kecil-kelcil, ia perlu kepada usaha menggunting pula..

bukan mudah sebenarnya. Sayapun mula tahu nak berasa terkilan kalau orang membuang-buang kertas flyers yang saya beri.

Jadi, apabila anda mendapat sekeping kertas flyers, fikirkanlah berkali-kali sebelum membuangnya. Hargailah orang yag berada di sebalik sekeping kertas yang macam tak ada makna tu..sekurang-kurangnya kumpullah,jadikan koleksi,kemudian kitar semula..kalau malas nak kitar semula, bagi la pada makcik cleaner kerana mereka lebih mengerti apa ertinya duit yang diperoleh daripada penjualan bahan yang boleh dikitar semula.

well..manusia memang tak tahu menghargai barang free walaupun ia hanyalah sekeping kertas flyers.
Photobucket

Wednesday, July 14, 2010

Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan 2010 anjuran DPP EON

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 14, 2010 2 komen best
it is the best of times..

well the hardest time in life will be the best thing for me.

Sekali lagi, untuk Karival Keusahawanan dan Kebudayaan UUM anjuran DPP EON, saya bekerja dengan bangsa cina. Saya semakin faham perangai dan kerenah diorang.. once kita dapat baca tindakan dan kebiasaan seseorang tu, senanglah kita nak cope dengan diorang.

Cuma, saya hadapi masalah yang sama, iaitu tentang protokol pemakaian. Kali ni saya tak tahu mana nak lari. Saya betul-betul bekerja sebagai Biro protokol, dan ketua saya kali ni lebih strict walaupun agak tolerant dalam lain-lain hal.

Allah pasti akan bantu saya kali ni juga.

Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan ini akan berlangsung selama 5 hari pada 24-28 Julai 2010.

Cuma karnival ni agak istimewa dan besar berbanding ekspo-ekspo keusahawanan UUM sebelum ni. Sebagai usaha mempromosikan karnival ni, pelbagai aktiviti dan perkara menarik yang akan berlangsung, antaranya;

  1. Food Carnival di bahagian tapak ekspo
  2. Jualan barang-barang seperti pakaian, kasut, beg, dan pelbagai lagi
  3. ICT carnival di Dewan MAS (camera carnival, computer n handphone carnival)
  4. cabutan bertuah sepanjang karnival berlangsung
  5. Pertandingan tarian
  6. Pertandingan nyanyian
  7. Jemputan artis 
Sepanjang karnival ini berlangsung, bas kitaran kampus akan disediakan bermula 6petang sehingga 12malam. Hadiah pertandingan juga adalah lumayan, semuanya RM 100 above. Tak dinafikan, hadiah cabutan bertuah juga bukanlah barangan biasa seperti pensel dan pen, tetapi lebih kepada barangan seperti pendrive dan yang lebih berharga.

Melihat cara mereka bekerja:
Saya dah hampir lali dengan kawan-kawan dari bangsa lain: orang cina yang paling biasa. Mereka cukup komprehensif dalam membuat rancangan. Kata orang, kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, wanginya pun terpalit sama, kan? Sedikit demi sedikit, sayapun cuba meniru apa yang baik..tak kedekut, dan mudah mesra.

dan yang saya perhatkan, elemen asas marketing: 4P, menjadi asas kepada semua perancangan program ni. Banyak yang saya belajar.

Photobucket

Sunday, July 11, 2010

saya dan teks ucapan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 11, 2010 4 komen best
mungkin ini satu hukuman untuk saya. oh.

tapi tak mengapa. sekurang-kurangnya saya merasa mengarang teks ucapan untuk VIP, dekan dan Pengarah. Sebenarnya ia satu tugas yang agak berat kerana apa yang saya nukilkan dalam teks ucapan itu mewakili individu yang berucap, seluruh isi program dan diri saya sendiri.

Ketika menulis,saya perlu memikirkan yang saya adalah individu yang akan berucap. Wah, jadi Dato' Mukhriz skejap. cececeh. Eh, ade janggut skejap. hahaha.

pening kepala saya.

Sepanjang menulis, saya perlu berkali-kali merujuk kertas kerja, internet dan bahan lain. Memastikan ejaan nama betul, pangkat dan gelarannya betul, dan tidak ada yang tertinggal dalam pendahuluan ucapan. Susah betul nak cari rujukan internet yang sesuai dengan spesifikasi, dengan teks yang saya nak tuliskan. Saya rasa macam nak terbitkan teks ucapan yang saya tulis kat internet menggunakan PDF, sebagai sumber rujukan orang lain kelak, tapi, macammana ye?
Photobucket

hari junior se-UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 11, 2010 2 komen best
Oh. Harini hari pertama semester baru. Semester tiga.

Kelas pertama saya, Business Law. Pukul 9.30. Masa naik bas, rasanya yang dalam tu semua wajah-wajah baru. hmm.. biasalah, hari pertama, kelas habis awal walaupun lecturer sempat ajar subtopic pertama.

Hari pertama dan minggu pertama, menghadiri kelas-kelas pertama. Dalam setiap kelas pertama, beberapa perkara yang wajib ditanyakan kepada pensyarah ialah:

  • nama penuh beliau
  • pembahagian markah
  • nombor telefon, e-mel dan bilik
  • test
  • buku yang akan digunakan

Tadi, saya terlewat menghadiri kelas urban & rural transport, bila masuk je rasa amat shy (::*.*::)

Dalam perjalanan balik ke bilik, saya jalan kaki dari DKG 5 merentas library. Ramai pula kat foyer library harini. Mungkin junior, ambil tiket untuk kursus pengenalan PSB. Sepanjang perjalanan dari library ke mall, saya berjalan di belakang kumpulan pelajar junior. mereka berjalan ala-ala rombongan cik kiah.. Selalunya saya lintas aja, tapi harini takpelah. Kasi chance. Hari pertamalah katakan....

Teringat lagi masa hari pertama saya dulu. tercangak-cangak cari bangunan. Nasib baik masa tu ada Isfa, kawan yang ingat semua bangunan. Maklumlah, UUM ni bangunannya serba unik, selain mempunyai pelbagai bentuk dan rupa, ia juga bleh menjadi perangkap bagi sesiapa yang suka bersenam secara tak langsung. Maksud saya, dalam satu bangunan yang sama, kalau ikut salah tangga, alamat tak jumpalah bilik pensyarah.. boleh tercabut rasanya kaki kalau round satu bangunan... Perkara ni biasa dialami oleh pelajar tahun pertama...beware!

Kalau nak tahu siapa junior harini, tengoklah sesiapa yang pakai kad matrik berwarna putih suci tergantung di leher. Atau yang pakai beg galas belakang, dengan wajah konfius nak cari tempat. hehehe...

Selamat datang ke dunia kampus, adik-adik.. selamat belajar dengan baik!

p/s: bukan adik-adik pun, sebab kebanyakan mereka sebaya je dengan saya..
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea