Friday, May 28, 2010

jika tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, May 28, 2010 6 komen best
Pagi ni saya buka TV. Banyak ilmu yang saya dapat dari program 'Tanyalah Ustaz'. Sila tonton setiap pagi Jumaat-Ahad yea.

Tajuk minggu ni: Keseronokan memberi.

Memberi memang best. Anda pernah memberi? Mustahil tak pernah, kan? Pernah dengar tak ungkapan "what you give you keep it forever"? Apa yang kita beri akan menjadi milik kita berterusan sedangkan apa yang kita ada dan simpan takkan menjadi apa-apa. Kenapa? fikirkanlah.

Dalam satu panggilan, seorang wanita menceritakan bahawa dia sudah lama berumahtangga tetapi hidup berjauhan dengan suaminya. Tapi suaminya telah berkahwin lagi. Wanita ni bagaikan hilang rasa, dia telah memberikan sepenuh komitmen, tanggungjawab, kesetiaan, dan tidak tahu di mana silapnya atau di mana kurangnya.

Ustaz telah menjawab pertanyaan ini dengan jawapan yang simple: Jika masalah kita dirasakan besar, maka besarkan jiwa kita untuk menghadapinya. Kita akan melihat hikmah, masalah menjadi ujian dan ujian menjdi rahmah. Subhanallah, indahnya Islam!

Rasulullah telah memberi dan memberi dalam seluruh kehidupannya. begitu juga para sahabat. Dari blog lasiaf87.wordpress .com, ada satu quote berbunyi,

"kenapa ulama’ dulu tulis buku berpuluh-puluh..
kenapa sahabat mengislamkan orang beratus-ratus dan beribu-ribu..
kenapa banyak sangat pencapaian mereka hatta orang bukan islam sekalipun..

sedangkan kita yang ada masa yang sama banyak.. pencapaian tidak setara mana pun lagi.."

satu perkongsian. semoga bermanfaat..

Mari kita besarkan jiwa!

Photobucket

Thursday, May 27, 2010

seronoknya mempunyai keluarga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 27, 2010 2 komen best
  1. Harini ada lagi berita anak perempuan hilang/menghilangkan diri/lari dari rumah/keluar rumah tanpa dapat dikesan. Anak-anak yang melarikan diri ni, entah apalah ya yang difikirkan? -tak kesian ke kat ibu ngan ayah yang susah hati..? bukan senang nak lahirkan anak seorang..nak besarkan lagi..nak bagi ilmu lagi..ish..
  2. Di rumah, semua tempat bukanlah privasi. Saya paling suka meja makan di rumah saya dimana kami akan membincangkan hampir semua perkara. bergaduh, bergurau, mengutuk masing-masing pun kat situ. Yang bestnya, no hard feeling~
  3. Dah hampir tiga minggu saya di rumah. tugas saya menjaga baby yang kuat menangis. Buat susu, mandikan baby, tidurkan baby.. paling tak tahan, kalau baby menangis tak henti-henti. Masatu, saya fikir, hebatnyaa ibu-ibu kat dunia ni...Terutama ibu yang ramai anak.
  4. Kalau boleh yang semampunya, janganlah anda-anda semua ambil orang gaji yea. Saya selalu dengar pasal orang gaji pecahkan tembelang majikan..luar dalam semua habis diceritakan kat orang..Adakah mereka ni tak tahu etika, atau perlukah tukang kebun sekalipun diajar tentang Tonggak 16? Sebelum ambil orang gaji tu, selidiklah dulu segala perkara..
  5. Sekarang ni sibuk isu Samy Vellu.. Dr.M mengulas isu ini dengan mengatakan "Samy Vellu telah terlalu lama berkhidmat..malah lebih lama berbanding saya..dia telah melepasi masa yang dialu-alukan.." (sumber: Buletin Utama TV3 27 Mei 2010). Jadi di sini natijahnya ialah, akan sampai masanya kita perlu berundur darihal yang kita tak diperlukan...Dr. M sendiri telah berhenti sebelum sampai waktunya dia tak dialu-alukan untuk berada di tempatnya..(atau rasanya waktunya memang telah tiba?)~

Photobucket

Sunday, May 23, 2010

RFC vs KFC, Bank Islam=konvensional?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 23, 2010 6 komen best
Semasa saya menyertai program RESS'10 baru-baru ni, Ustaz Khairan telah menyampaikan satu topik yang amat ditunggu-tunggu susulan daripada Perubahan Pemikiran Masyarakat Islam: Ke mana arah tuju. 2 persoalan yang ingin saya kongsikan di sini:

1) Ustaz Khairan ada menyatakan bahawa halangan kepada perubahan ialah orang Yahudi, pertubuhan-pertubuhan bukan Islam dan tentangan daripada orang Islam sendiri. Dr. MAZA merupakan seorang yang memperjuangkan gerakan perubahan dalam masyarakat Islam, dan beliau ditentang oleh masyarakat Islam sendiri. Sebagai pemudi yang masih baru dalam perjuangan bagaimana caranya tentangan ini dihadapi?

2) Banyak sekali sistem dalam Malaysia yang mengalami islamisme (diislamkan) padahal konsepnya masih sama dengan konvensional. Contohnya, RFC sebagai alternatif kepada KFC, sedangkan konsepnya masih berbentuk makanan segera yang diproses. Contoh lain ialah Bank Islam, di mana sistemnya masih sama, cuma    ia mempunyai nama 'islam'.

Jawapan:

1) Dari sudut Dr. MAZA, perubahan yang hendak dibawa mendapat tentangan kerana perbezaan pendapat. Dari sudut mahasiswi, perubaha yang hendak dibawa dan dilakukan mestilah terancang dan mengambilkira realiti.Tidak sama tahap perubahan yang nak dibawa di kampung dan di bandar.  Keseimbangan dalam melakukan dakwah/perubahan juga penting, jangan terlalu slow atau terlalu cepat. Ustaz juga berpesan, jangan samakan mahasiswa dengan orang yang sudah berada di level tinggi. Dalam melaksanakan pembaharuan, janganlah perkara furu' dibincangkan kerana ia tidak menambahkan amal. Ini untuk mengecilkan pintu perselisihan dan membuka pintu kasih sayang.

2) Mengambil contoh kisah Muawiyah bin Abu Sufyan, suatu hari para sahabat mengadu kepada Umar bahawa Muawiyah berpakaian dengan pakaian yang mahal. Jadi untuk menyiasat perkara itu, Umar pergi bertanya sendiri kepada Muawiyah tentang kebenaran berita itu. Maka Muawiyah pun berkata, "Aku ini duduk dalam kalangan orang kafir yang elit, maka aku berpakaian seperti mereka bukanlah untuk bermegah, tetapi untuk menunjukkan kepada mereka bahawa Islam juga hebat."

Natijahnya, kita bukan nak sama dengan musuh, tapi kita nak COMPETE dengan mereka! Kita pun nak tunjukkan bahawa Islam boleh dan Islam itu hebat!

Tentang bank Islam, kenapa sistemnya atau bayaran pinjamannya lebih mahal berbanding bank konvensional: ini kerana bank konvensional mempunyai banyak back up daripada judi, riba dan sebagainya yang tidak diketahui dengan jelas puncanya. Sistem bank Islam bersih daripada semua itu, jadi tak mengapa bayar lebih, asalkan sisitemnya bersih dan selamat. (wallahu a'lam). Dan lagi, sistem ekonomi dunia pada hari ini dikuasai oleh bukan Islam. Jadi sistem Islam menjadi kecil dan terasing. (Maka di sinilah peranan syabab untuk mengubah dan melakukan sesuatu)

Perbanyakkan menggali sirah, kisah sahabat dan hadis sebagai rujukan. Bukan sekadar membaca, tapi jadikan landasan kepada pemikiran dan tindakan.

wallahu a'lam. semoga bermanfaat. Harap ada yang bagi penambahan tentang persoalan ini. jazakumullah.

banyak lagi dapatan daripada program ni. Sila komen atau roger saya kalau nak :) mickin78@yahoo.co.uk

Photobucket


Sunday, May 16, 2010

tribute to teachers

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 16, 2010 4 komen best
"Jangan terkilan, guruku
Andai tiada gelar menghias namamu..
Cukuplah sekadar panggilan 'guru'
Itu sudah cukup buatmu"

Tidak ada gelaran datuk, datin, puan sri pun untuk guru, tetapi merekalah yang melahirkan manusia-manusia yang punya gelaran itu.

Modalnya ilmu, hasilnya cerdik pandai, pulangannya pahala- itulah perniagaan seorang cikgu.

seperti seorang ayah dan ibu, mereka memberi nasihat dan cinta kepada anak murid.

Selamat Hari Guru.

p/s: saya pernah menulis entri 'Tulen Seorang Guru', khas untuk para guru yang tulen.
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea