Wednesday, May 12, 2010

cuti

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 12, 2010 10 komen best
bercuti telah membuatkan saya cuti daripda banyak perkara.

otak saya bercuti dari idea menulis blog. kebekuan.
buku-buku akademik pun sama. cuma saya bawa balik buku business law untuk difahami lebih awal. ini subjek berat semester depan.
dan cuti kali ini saya di Subang Jaya, jaga sepupu. mungkin untuk beberapa hari aja.

saya dah kata, otak saya kebekuan idea. cuti menulis juga. jadi, til next time~

Photobucket

Wednesday, May 05, 2010

Transport theory

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 05, 2010 10 komen best
Dah hampir setahun saya di UUM. Dah habis semester kedua pun, sekarang tinggal lagi satu paper je: Subjek Theory and Practice of Transport.

Apakah bidang pengajian saya? Pengurusan Perniagaan Logistik dan Pengangkutan, atau nama pendeknya BBA Logistic & Transport (Hons).

Reaksi pertama yang saya dapat bila saya sebut nama course ni, kawan saya terus tanya, "woh. ada kerja ke kos ko tu?"

BBA Logistic&Transport mempunyai bidang kerja yang luas dan besar, saya bukan sahaja belajar tentang pengurusan pengangkutan persendirian, tapi dalam konteks yang lebih luas: For-hire carrier and private carrier, costing, warehousing, air+water+road carrier, intermodal transport, containerization, global transport..

kalau nak tahu lebih lanjut tentang Management of Transport, asasnya ada dalam buku Management of Transport by Bardi, Coyle & Novack.

Ini yang sedang saya buat sekarang:


esok balik yay! sebelum tu saya ada exam pukul 9 pagi di Dewan TM: Transport Theory. doakan saya :)
Photobucket

Tuesday, May 04, 2010

gangguan semasa exam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 04, 2010 6 komen best
Sepanjang menduduki exam, terdapat banyak gangguan yang mempengaruhi individu-individu yang menjawab exam seperti yang telah saya alami sepanjang hampir sebulan. Antaranya:

  1. Kaki-kaki yang bergoyang-goyang sehingga mengeluarkan bunyi bising. Waktu kaki-kaki ini mengeluarkan rentaknya, time tu saya rasa macam nak mengamuk, kepala saya menggambarkan sesuatu yang ekstrem-contohnya, ambik parang tetak je kaki tu.. nasib baik imagination je..
  2. Orang-orang yang meniru-dia tak tiru saya, tapi sebab dia duduk depan saya, saya tau dia bagi kawan dia tiru dan kawan dia pun meniru-rasa macam nak baling pencil case kat dia.
  3. Handphone vibrate- kenapa la pengawas exam tak aware dengan benda macamni. Ada satu exam tu, orang kat sebelah saya selamba je tekan-tekan henset dia selepas vibrate. 
  4. Orang yang keluar awal-biasanya orang yang keluar awal akan berjalan dan mengeluarkan bunyi, bila dah kat belakang dewan buat bising.
  5. Dewan peti ais-keadaan yang terlampau sejuk membekukan urat-urat tangan dan mempengaruhi fikiran untuk menjawab exam, lantas membuat saya keluar awal kerana tak tahan sejuk (ni kes semester lepas, semester ni saya tunggu sampai habis)
  6. Exam start lambat kerana masalah teknikal
  7. Kena kuarantin apabila kertas soalan yang dikutip tak mencukupi
  8. Faktor dalaman-sakit kepala semasa exam.
Ada nak tambah? setakat ni tu je kut gangguan semasa exam bagi saya. 


Photobucket

Sunday, May 02, 2010

Dari Suara Sang Guru

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 02, 2010 2 komen best
Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan

Kuwartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta

Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.


Khalil Gibran dalam puisinya yang bertajuk 'Kehidupan'.
-------------------------------------------------------------
nota: sekali ini saya terasa sedikit down dan kata-kata Khalil Gibran memberi sedikit hembusan bahawa cinta itu perlu mengiringi setiap yang dilakukan. Lelah menanti exam agaknya.
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea