Sunday, August 30, 2009

tentang tiket, kad raya dan kepeon

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 30, 2009 2 komen best
tiket balik raya dah beli. yayay!

sebenarnya aku tak alert pun pasal nak beli tiket balik raya. tapi sepanjang tiga hari lepas pelajar balik dari bercuti mid-sem, aku diasak dengan pertanyaan 'sudah beli tiket ke?' dari setiap orang. jawapan aku membuat mereka berkata: 'kenape tak beli lagi? tiket kat Changlun dah habis.' jadi pertanyaan-pertanyaan itu membuat aku terisau juga tentang tiket, seb baik tiket yang aku beli adalah yang kedua terakhir untuk ke Kuala Lumpur dari UUM. maklum, belum pernah balik rumah lagi sejak menjejak kaki di sini..

bulan puasa ini, selain berkelas dan bertugasan, aktiviti petang aku macam dah terhilang. asal petang je sibuk dengan mencari juadah berbuka bersama teman-teman. tak fleksibel betullah aku nih. hmm..

aku sedang membaca buku Quranic Law of Attraction. masih separuh jalan. sebagai pengisian masa untuk menggantikan hobi aku yang sebelum ini asyik dengan buku sudoku semasa menunggu di luar kuliah. bacalah, bagus untuk mengetahui rahsia diri melalui al-Qur'an.

yang aku lihat, di bookmart Varsity Mall UUM, banyak kad raya dijual. dari yang kecil, kartun-kartun, formal, besar, dan ada bunyi. bermacam-macam warna. erm... masih praktikal kah? dulu, semasa masih bersekolah, rajin juga aku menghantar kad raya. dan yang diterima kembali pun banyak. hehe. seronok sangat masa tu.. tapi, saban tahun, jumlah penerimaan semakin merosot sehingga menjadi zero. ekeke. best kan, waktu dulu? hmm.. aku masih menyimpan kad-kad raya yang diterima dulu.. ucapan biasa dalam kad raya dulu:
  • assalamualaikum
  • selamat berpuasa
  • baju raya berapa pasang?
  • banyak tak buat kuih raya?
  • jemputlah datang ke rumah
  • nak duit raya...
  • puasa penuh-penuh tau!
  • jangan main mercun
  • salam tulus ikhlas, maaf zahir je.. batin takyahh.. (ni aku tak paham)
haha...kinda nostalgic kan budak sekolah.. lagi-lagi yang dapat dari adik-adik junior..

dan, tiba-tiba aku tersedar yang aku tak pernah berminat untuk menjadi seorang yang terlibat dalam aktiviti kesukanan. malassnye.... ada orang bagi nama aku untuk KEPEON (kelab pesorak EON) sebagai ajk, dan itu bukan atas keputusan aku, okay! aku rasa macam tak puas hati, tapi mencuba itu adalah hal yang baik, kan? bukan aku tak minat bersukan, tapi aku tak minat mencarikan orang untuk bersorak demi DPP. okok. its good to go and try. i hate quitting.

Thursday, August 27, 2009

h.a.p.p.y---b.i.r.t.h.d.a.y---a.k.b.a.r-a.l.h.a.s!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 27, 2009 1 komen best




kepada akbar alhas bin abdul latif, semoga:
  • semoga panjang umur
  • murah rezeki
  • diberkati Allah
  • mendapat apa yang terbaik dalam hidup
  • berjaya dunia&akhirat
  • may all your wish comes true!
  • kuat berusaha
  • rajin beribadah
  • disayangi penduduk langit dan bumi
  • stay charm
  • stay cute
  • dapat anugerah dekan
  • berjaya bergelar jurutera mekanikal pada masa akan datang
  • hamik aa kete evo macam yang u nakk.......


babar, i xtau nak tulis ape lagi. u tulis aa sendiri ape yang u nak wish. kak aiza sure jelezz ngan post i kali ni. ekeke. tak adil betul la aku nihh..

Wednesday, August 26, 2009

oh!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 26, 2009 2 komen best
semalam aku hadir hari mempringati hari pembakaran Al-Quds yang ke 40.

penceramahnya memang dari Jerusalem. penyampaiannya, walaupun sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, tapi amat berkesan dan mampu buat aku faham. aku lost in word, tak tahu nak huraikan apa tentang ilmu yang aku dapat. tersenyap. tatkala muslimin disana dihimpit kejahatan nafsu manusia berhati anjing, aku disini makan dengan kenyang, idur dengan selesa, malas-malas belajar, sibuk melayan cinta manusia. adilkah?

okok. takmau emosional. tapi sekarang emosional sedikit sebab aku diuji dengan rosaknya laptop. aku takmau cakap tension, tapi aku memang tension. ohoh. macamane ini?

sekarang guna laptop Qila. hehe. thanks!

Monday, August 24, 2009

hari ini

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 24, 2009 0 komen best
fuh! alhamdulillah.

itu je yang mampu aku sebut selepas selesai membentangkan kempen 1Malaysia sebagai tugasan SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan. semuanya berjalan dengan amat baik walaupun banyak terambil masa bagi tujuan teknikal. sayangnya tayangan video tidak dapat dibuat seperti dalam perancangan. aku kira kami sudah berusaha yang terbaik, Allah yang menentukan semuanya..

malam ini kelas pukul lapan, aku dah siap ni..tapi bas pula tak ada sampai pukul lapan malam. jadi alang-alang dah lalu kat lab, aku singgah jelah..nak isi masa lapang..ekeke..bace Qur'an kan baguss..

bagaimana mahu berfikiran positif terhadap anggapan-anggapan negatif? aku kurang merasa selesa dengan keterikatan, diberi arahan dan jadi bodoh. aku paling benci jadi bodoh, sengaja membodoh dan diperbodohkan. ada sesuatu yang aku kurang selesa yang wujud pada persekitaran aku yang membuat aku terasa tidak bebas..sulit, amat sulit untuk dinyatakan disini.. bagaimana ya.. masalah itu kan rencah kehidupan.

tiba-tiba tadi Jeton miscal. sedar atau tidak, dah dua bulan, sejak aku bergelar mahasiswi UUM, tidak satu mesej pun aku hantar padanya. lupa kawan betul kan, aku ni? ish. padahal Jeton itu kawan aku yang terbaik sebaris dengan bazilah, akbar dan lain-lain. akukah yang menyepi, atau dia? tiada sapa yang salah, mungkin.

membuat kempen tentang 1Malaysia membenarkan aku memahami apa itu sebenarnya erti SATU MALAYSIA. tapi sayang, orang-orang yang aku dikempen tidak mengetahui dan memahami apakah dasar 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri. kesian ya pelajar universiti, sibuk bercinta sampai tak sedar apa ada diluar sana. kadang-kadang aku tertanya: aku di universitikah sekarang??

esok ada seminar memperingati hari pembakaran Al-Quds. kalo tak silap aku gitu laa..tentang Palestin. mari beramai-ramai kita ke majlis ilmu ini di Dewan Kuliah Gugusan 2/1!
selamat beribadah! :)
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea