Friday, June 19, 2009

hadiah ulangtahun: kesyukuran

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 19, 2009 0 komen best
lagi beberapa minit genaplah umur aku 19 tahun. aku lahir kul 9.56 pagi..
tadi keputusan universiti dah keluar. and..guess what? aku dapat tawaran uum: bussiness management logistic&transportation. walaupun ini bukan pilihan pertama aku, tapi, apepun tawaran yang aku terima, aku pasti akan jadikannya feveret aku dan buat yang terbaik. so... aku anggap nilah hadiah birthday aku!

beberapa hari lepas aku teringat kat childhoodmate aku: zahidah&fatin. dan aku try menelefon mereka. dan mereka sungguh terkejut+gembira+geram sebab aku dah lamaaaaaaaaa giler tak give a call atau papepun kat diorang. mungkin betul, aku dah lupakan diorang, maaf. tapi diorang dah tentulah tak tau ape yang aku dah lalui selama hampir 7 taun ni.. ini pun aku sudah anggap hadiah harijadi.

dan, dulu sebelum aku berpindah dari mrsm muar, akbar a.k.a babar sempat bagi aku tag name dia-tag bkp. bila balik rumah, aku simpan tag name tu kat dalam secret box aku. after a few time, adik2 nakal aku selongkar barang aku dan beberapa barang aku hilang termasuklah tag name babar yang kaler ijao itu. dan, beberapa hari yang lalu, kakak shantikk aku dah terjumpanya dan memberinya pada aku. syukur sesangat. so, thanks, babar dan kakak saye yang shantikk. another besday prezen.

secret box adelah sebuah kotak bernama kenangan dimana disitulah aku simpan sume hadiah, kad-kad ucapan, buku-buku catatan peribadi dan barang-barang penting aku cam report card sejak skola rendah..kire cam kalo orang bukak secret box tu memang aku rase cam ohh..tataw nak watpe. neway, ade lagi 9 hari untuk aku wat persiapan. duwe kate, uum ade hantu. peduli hape akuu...well..
uum, tunggu akuuu!!!

Thursday, June 04, 2009

masa cuti yang semakin pendek

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, June 04, 2009 0 komen best
lately busy follow wedding orang.al maklumlah, musim cuti skola=musim wedding.. macam budak2 skola la pulok yang nak kawen.. esok, sepupu aku abang firdaus nikah. hari langsung sabtu kat rumah bride, then ahad sambut menantu kat rumah dia.. aku jadi tukang menyibuk suda aa.. last week pegi wedding reception kat batu pahat, night before reception ade la plak persembahan kuda kepang.. honestly aku memang tapenah menonton persembahan itu sebelum ni.. so cam eksaited la gak.. memula cam bosan je tapi bila orang yang wat persembahan tu da kene rasuk takot la saye dibuatnye..tapi cam klaka gak aa..best pon ade..tapi, mende camni memang khurafat.. jadi, tapyah la buat..

aku spent cuti ni dengan hal yang penuh bermakna.
cuti kali ni menyedarkan aku bahawa keeping secret with sibling really a best things to do.
aku tak pasti la ape yang aku buat ni betul ke tak, tapi jalan yang aku pilih buat aku rasa yang aku betul. selama ni aku ngan kakngah aku susah sangat nak ngam memandangkan cara aku dan dia memang berbeza dalam banyak hal. mase kecik memang nak bergaduh je kejenye. kakngah selalu buli aku, aku plak memang suka mengadu. rupa kitorang pun tak sama langsung. kalo jalan sesame, orang takkan expect kitorang adik bradik. dia dan aku takde minat yang sama. sebab dia degil lebih skit dari aku, dia salu kene marah. sejak kecil, aku jarang berpihak pada dia.. aku selalu rasa diri aku betul. kadang-kadang aku rasa aku memang seorang adik dan perempuan yang ego. aku tak pernah cuba nak faham siapa kakak aku yang sebenarnya.
tapi, sejak aku sedar yang aku dah separuh dewasa, aku secara sedikit-sedikit berusaha mengenal siapa dia. sebenarnya bila kita kenal adik beradik kita sendiri, yakin pada mereka, rasa sayang kat diorang makin bertambah. banyak orang yang aku kenal tak hargai adik beradik sedarah mereka. ada juga yang benci adik sendiri. bagi aku, ada adik bukan untuk dibenci, tapi diajar jalan yang betul, diberi nasihat dan disayangi. adik adalah orang yang belum cukup tahu berbanding kita, mudah diajar dan dilentur. selama ni aku tak pernah berpeluang nak berlama-lama dengan adik-beradik. sebab aku selalu berada jauh dengan diorang. mungkin itu satu faktor kenapa aku tak faham dengan tindakan-tindakan diorang. bila jauh dari diorang, aku rasa menyesal sebab aku tak ada kenangan yang dalam tentang diorang. aku sendiri tak tau ape diorang suka makan, suka buat, yang aku tau bila balik rumah dan ada hal yang tak kena je kat mata aku, aku pasti jadi marah-marah. bukan senang untuk cope dengan seseorang walaupun darh daging sendiri, kadang kadang kita layan orang lain lebih baik dari kita layan adik beradik sendiri. apa hak kita nak buat macamtu...? lepasni, mungkin aku akan further study somewhere..jauh dari family..entah bila aku nak gather ngan diorang macam sekarang..
aku harap sangat diorang tau yang aku sayang diorang sangat-sangat n aku minta maaf sebab tak mampu fahami hati diorang dalam-dalam sebelum ni..aku akan berusaha mencari titik kesefahaman dan kesepakatan dalam adik beradik aku.. : yakin dan percaya dan saling mengenali, tak ada benci dan saling bermuafakat. whATs gonna work..? TEAMWORK!

Monday, May 25, 2009

wowowww!!!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 25, 2009 1 komen best
finally...the result has out!
hehehe...berbaloi juge usaha aku..alhamdulillah...
menyaksikan betapa banyak senyuman dari rakan-rakan sekuliah aku...dan juge tahniah kepada klasmate ku yang meningkatkan keputusan masing-masing secara all-out! semoga ketemu lagi di menara gading...

aku takleh lame nih..kat cc lah katekan...seb baek abah ade teman...
aku update upu..universiti pilihan utama: uum, upm, uitm, ums. semoga aku dah buat pilihan yang paling tepat untuk hidup aku.
theres no way to feel regret, okies!

doakan aku dapat buat yang terbaik bukan untuk dir aku je,....tapi untuk manusia sejagat.
aku dah ada idea perniagaan dalam pale otak yang aku bleh jual skarang. ade yang nak beli?
hehehhh.

aku nak balik tido. abah dah tunggu kat luar. neway, adios! err... salamm..
sampai bertemu lagi di arena blogging dalam mase beberape bulan lagi.

Thursday, April 16, 2009

detik-detik terakhir.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 16, 2009 2 komen best
kurang 24 jam lagi.
aku akan tinggalkan kmj beberapa jam lagi.
mungkin aku rase cam agak sedih, sebab life aku kat sini memang best gila! tadi dah kemas skit-skit.atas meja cuma tinggal nota-nota, tutorial-tutorial, contengan-contengan ngan latihan-latihan subjek pengurusan perniagaan je. ada lagi 3 jam untuk aku berperang. pekse ekonomi pagi tadi giler taff. banyak pulok soalan AD-AS (aggregate demand-aggregate supply). esok paper last: bussiness management a.k.a pengurusan perniagaan. semalam ade orang blanje aku askem sedapp...thanks! rase cam shedihh plak nak tinggalkan si cantik-manis bazilah : roommate aku yang paling rapat skali. entah-entah dapat jumpe lagi@tidak ngan kawan-kawan chomei aku kat sini.. ada jodoh jumpelahh.. ada beberapa hal lagi yang belum settle, dalam beberapa jam ni aku ada 3 mende nak kene gi settle. lepas ni aku nak nengok tv sampai termuntah. pastu aku nak main laptop sampai rabun-hahaha. pastu aku nak gi carik keje. pastu aku nak wat banyak mende dalam hidup aku-itupun kalau masih ada hari untuk aku. pastuuuuu...arff....tengoklah ape jadik pasni, aku merancang, Allah yang tentukan.. rancangan aku yang proper: nak jumpe jeton, aida, ainnur, illey, fura, nina, faridah, farhana, zatie ===>ni sume geng-geng skola dulu-dulu.. kire cam nak wat reunion kut. aku ni, banyak beranganlah. esok kan ade lagi satu paper...ishh...hehehh..
malam ni ade banyak plan dalam kepala aku. taktau la lagi jadi ke tak.
harini ade orangtu cakap nak call hari-hari mase exam, tapi dia tak call pun. penat aku tunggu. heheh.


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea