Dah lama tak tidur rumah ibu saudara..yang dulunya aku tinggal menghuni di sini selama 8 tahun masa bekerja di Kelana Jaya & Bangsar.
Sepupu² membesar depan mata.. dari kanak² kepada fasa remaja memberontak sampailah menginjak dewasa.. I am so proud of them, for whatever they have done and achieved. Tak kiralah betapa nakalnya diorang semasa membesar, bila dah dewasa ni mereka baik² sahaja.
Yang sulung bercerita pada aku pasal cerita relationship tak menjadi.. tak boleh move on cinta pertama, maka yang kedua sekadar rebound.
Aku cakapla jangan bagi harapan.. jangan gantung tak bertali.. ambil masa seminit je nak bagitau kau tak berminat pun teruskan perkenalan tu. (Well nak kumpul kekuatan pun ambil masa jugak tuhh).
Just.. jangan ghosting.
I have lived long enough to know how meeting the right person feels like.
Indeed, perasaan memang tak boleh paksa.
Kalau wavelength tak sama, 15 tahun berkawan pun kau memang takkan berakhir bersama.
Aku cakap jangan buang masa orang, jangan buang masa diri sendiri. Kalau selagi belum move on, pintu hati takkan terbuka untuk orang lain.
Yang nombor dua.. kecewanya tak sudah². Kesian pun ada tapi perjuangan melupakan orang yang meremukkan hati kita adalah perjalanan yang semua orang kena lalui dan hadapi sendiri. Tergantung seberapa kuat jiwa kita dalam menghadapi ujian tu.
Nombor tiga masih sekolah, sedang melalui fasa tak disukai circle kawad kaki sebab dapat pangkat besar walaupun budak baru masuk sekolah tu. Fasa belajar ikut peraturan asrama, masalah hygiene di sekolah, bed bugs issue yang menyebabkan ruam dan gatal² satu badan.. macam scabies tuh.
Gitulah diorang bila jumpa kakak diorang yang keluar dari perut orang lain.
Good night😊

0 komen best:
Post a Comment