Monday, August 05, 2019

Apakah yang terjadi kepada kita

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 05, 2019
Kepada diri sendiri, terutamanya.

Selepas Kinabalu, rasanya banyak yang berubah. Aku berubah.

Kembali menjadi manusia yang menolak, aku berubah.

Sebelum ini kotak itu terasa telah dibuka namun ia terasa janggal dan tertutup sendiri, aku berubah.

Selesa menjadi penyendiri, biarlah aku begini.

Biarkan aku menangis pada setiap pemanduan yang panjang.
Menggumam pada setiap marah dan letih yang senyap.
Bahagia bila ada yang berkongsi mencurahkan rasa hati.
Termenung setiap terbangun dari keanehan mimpi-mimpi.

Tidak ada lagi harapan tentang kita, ternyata aku tersalah meneka, tentang kamu.


0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea