Everytime i try to fly, i fall
Without my wings, I feel so small...
Harini entahlah. Rasa sayu sepanjang hari.
Saya baru pulang dari KK (ceritanya panjang, will do another post) dan saya rasa hati saya terpecah-pecah.
Sudah hampir sebulan lamanya, saya asyik teringatkan Ummi Norsiah, murobbi saya nun di utara. Sejujurnya saya selalu rindukan dia. Saya selalu risaukan kesihatannya. Jarang saya tak menangis kalau teringatkan dia, atau menulis tentang dia di medsos.
Harini saya call dia.
Gerak hati memang benar, Ummi sakit. Mata Ummi, tak nampak sebelah. Katanya urat darah Ummi pecah pada mata sebelah kiri.
Saya sedia menziarah awal bulan Ogos nanti. Kami bercakap seperti ibu dan anak, dia seperti selalu bertanyakan apakah bayang jodoh saya sudah ada.
"Belum."
Pesannya, "doalah pada Allah dengan hati yang paling tulus..merintih, minta kat Allah".
InsyaAllah, Ummi..
Jaranglah Ummi tak buat saya menangis dengan pesanan-pesanannya. Dia selalu menyentuh jantung hati saya yang paling core di setiap perbualan kami. Halus, tapi menusuk. Ringkas, tapi padat.
Dia adalah anugerah besar dari Allah buat saya.
Saya sayang dia kerana Allah.
Ya Allah, jagakanlah ummi Norsiah binti Mat, kerana aku sangat mencintainya. Rahmatilah hidupnya dan seluruh keluarganya, kerana dialah manusia yang banyak mengenalkan daku denganMu!
Masukkanlah dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab yaAllah..
Cinta setulus hati.
Monday, July 29, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment