Read: Tekanan Zaman Sekarang.
Hehe.
Saya adalah orang yang membesar dengan hampir sendirian, tanpa ibu abah selalu menemani, dengan kawan yang datang dan pergi. Saya tidak pernah tinggal di suatu tempat dengan begitu lama, kecuali semasa belajar di universiti. Pengembara tegar.
Melalui semua itu, saya lali mengenal orang baru setiap kali, setiap hari, selalu. Menghadapi segala mehnah dan belajar darinya. Dealing with all the crazy people and still standing. Ayah saya atau abang saya tidak pernah mempertahankan saya kerana saya dibuli atau dimarah cikgu.
Jadi, proses ini telah menghasilkan saya yang sekarang, imperfect me.
Saya menuliskan ini kerana zaman FB ini telah menjadikan ibubapa, masyarakat terlalu critisizing, suka berceloteh tapi hasilnya tak ada. Ia juga telah membentuk fenomena dan ketakutan melampau masyarakat kepada sesuatu yg tak sepatutnya, i.e penculikan dan jenayah rambang.
Zaman anak kita zaman yang amat mencabar. Inilah juga apa yang dikatakan bapa bapa kita semasa kita masih anak-anak. Biarkanlah mereka melalui zamannya dengan tekun dan sabar, Jangan terlalu dimanjakan. Kenalkanlah anak2 dengan Allah, dan bertawakkal kepadaNya.
Doa. Yakinlah yang doa bunda itu adalah yang termakbul dan powerful.
Semoga, semasa saya ada anak nanti, Allah jaga dia, kenalkan dia denganNya.
amin.

0 komen best:
Post a Comment