Saturday, June 01, 2013

Saya benci kereta. Saya suka June.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 01, 2013
Jun.
2013 berlalu dengan begitu pantas. Saya baru sahaja menghabiskan pengajian tahun akhir, jika Allah izin, akan bekerja, dan akan menyambung master dan akan meraikan konvokesyen.

Namun apakah ertinya sijil sekeping itu kalau tak ada nilainya di sisi Allah. Tak ada sumbangan kepada masyarakat, kepada ummah.

Kereta.
Saya rasa saya mempunyai masalah dengan kereta, terutama jika saya yang memandu. Mungkin kerana saya seorang perempuan (yang cuai). Setiap kali saya memandu Saga the Silver, ada saja garisan baru yang terlakar pada badan kereta, dan setiap satunya saya bayangkan tertulis nama saya: "yang ni ikin buat", yang setiap kali membuat hati terasa sakit.

Saya tak ada masalah memandu di lebuhraya, tapi kalau di pekan kecil, iya. Adakah saya seorang yang tamakkan ruang? Oh~

Saya benci kereta. (heheh. oh dont give up please)

Kerja.
Saya amat bersedia untuk bekerja. Tetapi hidup di bandar Serdang terasa menyesakkan dada. Mungkin sebab kos hidup yang tinggi. Saya berkeputusan untuk tidak lagi tinggal di rumah kakak saudara, walaupun tinggal di rumahnya adalah syurga bagi saya. Mungkin, mengambil peluang untuk belajar berdikari. Saya ditawarkan bekerja di syarikat Coke, yang mungkin akan membantu saya mempelajari tentang production, bidang yang saya pelajari. Atas sebab-sebab tertentu, hati saya cenderung untuk meneruskan kerja di tempat praktikum.

Pilihan.
Dalam hidup ni, sampai suatu tahap, kita perlu membuat keputusan, membuat pilihan.
Saya percaya, garis di tangan saya yang jelas menandakan bahawa saya orang yang jelas dengan apa yang saya mahu, dan jalan hidup saya lancar dan mudah, tak tersekat-sekat. Sekarang saya sedang membuat pilihan antara jauh dan dekat, separuh masa atau sepenuh masa, research atau coursework.
Prinsip saya dalam membuat pilihan, saya akan mencintai pilihan saya, agar saya tak kecewa dengannya.
Semoga Allah mudahkan.


0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea