Monday, June 17, 2013

rumah sewa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 17, 2013
Sudah dua minggu satu hari, saya berpindah ke rumah sewa.

Walaupun hanya tempat singgah selepas balik dari kerja, ia adalah sebuah tempat yang dipanggil rumah. Ada beberapa perkara yang saya belajar sejak tinggal di rumah sewa, antaranya; ramah mesra, muafakat dan menjaga kebersihan.

Antara perkara yang sukar dijaga semasa tiinggal di rumah sewa ialah mengambil tahu kebajikan ahli rumah. Apatah lagi mengenal jiran; macam hampir mustahil. Semasa saya balik kerja lewat isya', ahli rumah sudahpun masuk ke bilik masing-masing. Mereka pergi bekerja awal selepas subuh, ketika saya masih dalam bilik dan belum mandi pun. Hujung minggu, masing-masing dengan hal masing-masing dan saya balik ke Nilai sebagai rutin mingguan.

Untuk menjaga rumah ini dengan baik, untuk tinggal di rumah yang ada orang lain yang bukan ahli keluarga, saya belajar bergotong royong, merajinkan diri, membuat apa-apa yang patut. Meringakan tulang untuk membuat perkara-perkara kecil seperti mengutip rambut di lubang air, membuang sampah, membasuh pinggan atau apa-apa saja. Merumahkan rumah sebagai sebuah rumah. Orang Inggeris panggil 'home'.

Hidup sekarang memang lain sikit. Terasa benar kerutinannya, pergi pagi balik malam. Ada waktunya perancangan nak ke program tersekat oleh kerja, seolah-olah macam kerja itu menjadi nombor satu pula.

Work has never been first.

Saya bersyukur, melalui kerja ini dan rumah ini, Allah menemukan saya dengan seorang kakak yang baik. Sekurang-kurangnya saya berteman, pergi dan balik kerja :)

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea