Saturday, April 20, 2013

disturbance

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 20, 2013
Pena penulisan saya semakin tumpul. Kadang-kadang apa yang saya ingin nyatakan tersekat-sekat. Apa yang saya hadam dari kehidupan ini, tidak lagi dapat dikongsi. Saya menjadi semakin diam dan sepi. Mungkin kerana dosa-dosa antara saya dengan Allah.

Saya yang dulunya terasa seperti kotak soalan, tidak lagi teruja untuk bertanya soalan apa-apapun. Tidak lagi teruja. Rasa seperti mati sebelum saat kematian, pada saat saya tidak lagi ingin bertanya apa-apa dalam hidup ini.

Saya tidak berharap kata-kata saya terhenti setakat ini saja.

2 komen best:

Pengembara said...

adakah sekarang ni waktu ramai orang pena dia mati? atau, alam pekerjaan dan alam selepas belajar membunuh jiwa-jiwa manusia

norashikin rahmat said...

Entahlah. Mungkin, sebab kita menulis atas dasar yang tak kukuh. Bila titik tolak kita hilang atau memudar, maka kita juga turut sama pudar. Mungkin.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea