Kalau pergi rumah makcik saudara saya lagi teruk. Memang cerewet, makan kat rumah dia kena pakai sudu. Tak boleh bunyi berlaga sudu dengan pinggan. Ohmaii..
Bila saya berumur sembilan tahun, duduk rumah atuk nenek, memang nightmare. Baju sekolah sikitpun tak boleh kotor. Dan saya dimarah bila panggil abang amin saya dengan nama saja, lagi, saya kena belajar buat banyak perkara sendiri. Disiplin. Bersyukurlah kerana pada masa itu saya memang tak pandai marah dan komplen. Rasanya sayalah budak paling baik pada masa kecil (hahahahahahahaha).
Bila saya dah besar panjang (takdelah panjang sangat pon), baru saya faham. Semua itu untuk membentuk diri saya yang dewasa dan menjadi manusia yang semenggah.
Saya tulis ini, kerana anak saudara saya yang ada semuanya agak manja dan degil, susah menurut kata, mungkin sebab tidak ditegur bila berbuat salah. Maka saya bimbangkan mereka, kalau sikap yang tidak ditegur itu berlarutan sampai ke usia tua.
Memperkemaskan sikap, haruslah bermula semasa kecil. Disiplin. Adakah sikap disiplin kita yang dahulu, masih sebati dalam diri? :)

0 komen best:
Post a Comment