Friday, November 09, 2012

Tarbiyyah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 09, 2012
Dewasa ini, sering sekali saya terjumpa perkataan tarbiyyah terlakar di dinding-dinding mukabuku, terlafaz di bibir sahabat-sahabat di universiti, menjadi satu keinginan, keperluan dan kemahuan pula untuk mendapatkannya. Pastilah, hati ini terasa bahagia apabila Allah memilih lebih ramai hamba-hambaNya dari kalangan sahabat-sahabat terdekat untuk mengenali apakah tarbiyyah, dan melaluinya.

Ada orang kata, tarbiyyah ini, adalah didikan. Hakikatnya, ia lebih dari itu.

Tarbiyyah adalah suatu proses, dan ianya bukan suatu matlamat. Apabila ianya adalah proses, maka ianya perlu kepada input dan output. Ia menghasilkan orang yang lebih baik apabila bertemu dengan Allah.

Tarbiyyah itu ibarat washing machine. Dan kita adalah bajunya. Bezanya, sama ada kita adalah baju yang masuk ke dalam washing machine, atau baju-baju yang terperonyok di tepi-tepi washing machine. Dan antara dua jenis baju ini, yang manakah yang akan dipakai dengan rasa seronok, maka itulah kesannya tarbiyyah.

Tarbiyyah ibarat kilang, memproses manusia daripada kementahan kepada kematangan, kepada sesuatu yang berguna, kepada menjadi hamba Allah yang lebih baik, yang mampu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.

Proses ini tidak pernah berhenti, dan ianya berterusan, sehingga mati.

2 komen best:

i.am.me said...

kalau tarbiyah tu 1 process yang panjang,so logik je la kalau bila dalam tarbiyah pun kita masih wat benda2 yg Allah x suka... kn.. sebab susah btul nak buang tabiat2 lama ni. =(

norashikin rahmat said...

insyaAllah, kena doa kat Allah agar Allah bantu kita, Aimi.. since iman itu sunnahnya turun dan naik, dan proses ini panjang sampai kita mati..

semoga Allah memberi Aimi kefahaman dalam deenNya.. ameen..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea