Musim kenduri sekarang ni. Musim seorang lelaki mula bergelar suami dan menerima tanggungjawab selepas melafazkan akad yang dipersetujui wali dan disahkan dua orang saksi.
Saya pernah mendengar seorang kakak berpesan kepada adik lelakinya. For sure-lah kakak ini memang solehah. Pesannya, "kamu kalau nak cari isteri, cari wanita yang boleh jadi ibu pada anak-anak kamu. Yang boleh didik anak-anak kamu (untuk menjadi orang yang taat kat Allah)".
Saya ingin berkongsi tentang sosok seorang ibu muslimah yang bagi saya seorang yang solehah. Cintanya luarbiasa. Dia meneguhkan dan menenangkan. Seorang wanita solehah itu luarbiasa, dia akan cuba memenuhi segala yang disyari'atkan Allah. Seorang isteri solehah akan memastikan rumahtangganya adalah rumahtangga muslim, dimana tertegaknya syariat. Prinsipnya sangat jelas. Ibu muslimah ini mendidik anak-anaknya supaya tak tinggal halaqah, dan anak-anak ibu muslimah ni akan merujuk kat ibu untuk setiap masalah dalam kerja-kerja yang dilaksanakan. Dia juga berpesan pada saya yang halaqah itu nadi, dan Islam itu mesti tertegak di mana kita berdiri. Setiap kata-kata ibu muslimah ini sangat hikmah. Bila memberi pendapat, dia menyatakannya dengan neraca iman. Orangnya sangat tenang dan tak emosi. Dia juga seorang yang sangat menyayangi muslim lain, dia melaksanakan boikot terhadap barangan yahudi. Ibu muslimah ini memastikan makanan yang masuk ke dalam mulut anak-anak adalah halal, dan saya perhatikan, anak-anak ibu ini sangat tegas dalam menjaga makan minum. Ibu muslimah ini sangat sederhana, dan kesederhanaan itu ada dalam diri anak-anaknya, jelas terpancar. Ibu ini juga tidak banyak berleter pada hal yang tak perlu pada anak-anak, kecuali hal-hal berkaitan adab dan ibadah. Iya, tidak perlu dia bercakap banyak menulis atau menceritakan apa yang dilakukannya seharian, melalui akhlaknya pun, dia sudah menyampaikan sesuatu pada saya. Alangkah indahnya hidup, dapat peluang bertemu dan melihat ibu muslimah ini.
Isteri yang solehah dengan yang biasa sahaja adalah berbeza. Tak mestinya akan dapat suami soleh (sepertimana Asiah), sebab isteri solehah akan akan menegakkan syariat dalam diri. Dan, janganlah cari isteri yang jahat mulut, kelak dia akan menghasut anak-anak. Jangan cari yang cantik sahaja, you will get your own revenge in future. Pada saya, yang beriman semestinya cantik, tapi yang cantik tak semestinya beriman.
Siapa kata watak ideal dan soleh itu tak wujud? Cubalah menjadi, daripada mencari! Ibu muslimah yang saya kenali juga punya kelemahan, thats what make her perfect.

2 komen best:
isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran..
^_^.. jalan2 kat blog ikin.. lama akak tak dengaq habaq.. ^_^
p/s~gud entry..
alhamdulillah, kin sihat, tapi sakit rindu kat kakak yang solehah ni.. Kak Hidayah sihat?
Entri ni ditulis dalam usaha berkongsi erti walimah yang sebenar. Mungkin, kak hidayah boleh kongsi sesuatu yang lebih? Ikin setakat ni hanya memerhati je, cuba untuk kopipes :D
Post a Comment