Thursday, January 26, 2012

yang seterusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 26, 2012
Manusia itu baharu dan saya juga begitu. Dan kasih sayang, cinta dan iman kita, mesti sentiasa diperbaharukan.

Sahibah fillah
Apa yang paling membahagiakan dalam perjalanan hidup ini ialah ditemukan dengan orang-orang yang hidup dalam tarbiyyah. Mendapat sahabat yang soleh itu lebih berharga daripada apa-apapun. Sebabnya, mereka inilah orang-orangnya yang bila kita lihat wajahnya, dapat mengingatkan kita pada Allah. Tak cukup dengan itu, bila dia berkata-katapun, hanya Allah yang disebutnya. Bila dia bertindak, apa yang diharapkan hanyalah Allah meredhai tindak-tanduk dan keputusannya. Subhanallah, semoga Allah memelihara sahabat-sahabat saya.

Sembang Tarbawi
Baru-baru ini saya menginap beberapa hari di Penang dan di Sungai Petani, memprogramkan diri dan cuba memanfaatkan apa-apa yang termampu (walaupun not to the maximum capacity). Dalam tempoh itu saya dihidangkan dengan sembang tarbawi dan perkongsian yang menyegarkan jiwa. Tentang kebergantungan, tentang bagaimana menghadapi konflik, tentang pemerhatian kepada akhlak.. entahlah, entahlah. Allah je tahu kenapa saya ditetapkan dalam kondisi tinggi-rendah dalam keadaan yang amat sedar. There's no help but Allah, and theres no victory for those who aren't put any effort to move on. Thats what happen to me and I'm learning.

Tanggungjawab
Mulai februari 2012, saya akan mula memikul amanah yang mungkin akan mencuri banyak hak-hak orang lain yang ada pada diri saya. Pada waktu itu, saya harap, anda semua mendoakan kebaikan untuk saya.

Perancangan masa depan
Sekarang, saya berada di trimester terakhir sebelum bergelar graduan first degree dalam bidang yang amat saya banggakan. Ibu, abah, pakcik makcik, tok nenek, pak-mak mendakan, sedara jauh mahupun dekat, kawan-kawan rapat dan juga bakal majikan saya kelak mahu tahu apa yang saya rancangkan dalam masa kurang lima tahun ini.

InsyaAllah, dalam masa 5 tahun ini saya akan bekerja. Kemudian mengambil peluang untuk sambung belajar ke peringkat master. Mungkin akan bertunang atau walimah. Ada sesiapa nak susunkan tak..? *heheh.*

saya pernah terjumpa kata-kata ini; "stop comparing your  life with the character in movies. They were written by scriptwriters, but yours is written by Allah".

4 komen best:

Unknown said...

Oh, dah nak grad dah.. Semoga baik2 saja di tahun akhir. :)

norashikin rahmat said...

tahun akhir sesi akademik, pastu praktikel tahun depan~

tenkiu~

Pengembara said...

akhirnya, dapat jugak blog ini. hahah. apa-apa pun wish u all da best junior!

norashikin rahmat said...

setelah dinasihati orang2 lain, saya delete adiwidget punya widget yang ada kat blog ni~

terima kasih encik maher sunbae!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea