Saturday, January 07, 2012

realiti itu susah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 07, 2012
Menghadapi suatu realiti itu lebih susah daripada berangan-angan menghadapinya. Atau melihat orang lain menanggung sesuatu musibah nampak lebih ringan berbanding menghadapinya sendiri. Dan kadang-kadang apa yang digalas orang lain itu rasanya biasa saja pada bahu sendiri.

Bergantung pada bagaimana kamu melihatnya, mungkin.

Saya biasa berbincang tentang bagaimana mengambil kesempatan pada waktu seseorang dilanda kesedihan, iaitu 'hadir' pada waktu dia memerlukan, 'mengisi' ruang kosong dan 'menghidupkan' apa yang dirasakan mati. Da'ie itu sifatnya bermanfaat dan penuh rasa kasih.

Namun bila Allah beri peluang untuk saya 'mengambil kesempatan' apabila peluangnya wujud, saya macam tak bersungguh-sungguh untuk mencuba. Moreover, saya berada pada situasi yang tidak mengamalkan 3 prinsip utama.

"Dakwah itu bukan kamu punya, jadi jangan laksanakannya sesuka hati kamu."-kata-kata ulama'.

Kawan-kawan saya menggelar saya 'solution' kerana simple-minded yang wujud dalam personaliti saya. Kadang-kadang rasa down pun ada sebab tak mampu nak faham komplikasi yang wujud dalam diri orang lain. Bila saya diajukan dengan masalah berjela-jela, saya terus bagi solution- sama ada 'doa', solat, atau sabar. Sebenarnya, itu bukanlah kaedah yang betul untuk memasukkan rasa hamba ke dalam diri seseorang, sebab saya tersedar bila ditegur; "susah cakap dengan ikin ni.. terus ada solution bila kongsi masalah". what she means is.. i really need to hear out what she tried to explain.. baginya, kalau saya sengaja tadah telinga tanda ihsan pun dah cukup berbanding banyak cakap tapi lebih menambah sakit dalam hatinya..

Da'ie perlu bijak, itu benar. Dan bukan kerja kita memegang hati manusia dan memerintah hati mereka untuk bertindak menurut kehendak kita. Da'ie perlu berstrategi, kerana, menurut kata-kata Pakcik Rosdi Baharom yang termasyhur, "Da'wah is a business of winning hearts".

Semoga saya tidak terus menikmati 'percutian indah' ini.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea