Tuesday, January 04, 2011

memasak dan perempuan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 04, 2011
Dulu, selepas habis sekolah saya tanamkan azam untuk belajar memasak dengan ibu. Masalahnya, pada waktu itu saya hanya mampu tolong menyediakan bahan je. Masaknya masih juga ibu.

Masuk umur 19, saya baru pandai masak sayur je (selain yang basic macam masak nasi). Bagi saya, memasak bukanlah sesuatu yang mudah pada waktu itu. Ia leceh, dan memenatkan.

Apabila menjejaki umur 20, ada satu tolakan dan kesedaran bahawa saya mesti benar-benar pandai memasak. Dan ia tak muncul begitu sahaja, ia berpunca daripada satu fasa kehidupan yang seterusnya; perkataan yang mungkin menimbulkan ketakutan selain mati: 'kahwin'.

Saya telah meletakkan syarat kepada diri sendiri bahawa saya mesti pandai memasak sebelum memasuki alam berkeluarga. Kerana nabi SAW menggalakkan kita untuk makan di rumah. Memasak juga boleh menjadi satu wadah untuk merapatkan ikatan ahli keluarga, kerana sambil memasaklah ibu memberi banyak petua yang tak pernah didengari atau takkan boleh didapatkan di kuliah-kuliah logistik saya.

Kata orang tua-tua,
"belajar tinggi manapun ke dapur jugalah" bukanlah bermaksud tak perlulah belajar sampai tinggi langit kalau akhirnya jadi surirumah jugak.. pada saya ia bermaksud ilmu setinggi langit pun kalau hakikatnya perempuan mesti juga memasak.

Saya pernah terbaca satu cerpen tentang seorang ibu yang menjadikan tradisi makan malam sebagai satu wadah untuk mengeratkan cinta ahli keluarganya. Ibu tersebut sangat kreatif dalam menyediakan hidangan, sepertinya setiap kali makan malam itu adalah kali pertama dia menjamu keluarganya. Setiap hari dia akan memikirkan apakah hidangan yang akan dimasak sehingga sebolehnya takkan mengulang menu yang sama. Dia tak mahu seorangpun daripada anaknya merasa bosan dengan masakannya.

Memasak sebenarnya satu hiburan bagi wanita. Saya masih amatur yang masih memerlukan ibu semasa memasak, bertanya, "ibu, begini ke? banyak ini ke? macam ini ke?" tapi ibu sedikitpun tak mengeluh atau berkata, "suka hatilah nak macammanapun"..

Saya selalu teruja untuk makan masakan sendiri dan melihat abah makan masakan saya. Satu perasaan luarbiasa~ :)
Photobucket

4 komen best:

penaberkala said...

perenggan yg ibu kreatif tu agak sukar kan?
camne agaknya nk pelbagaikan masakan agar ahli keluarga tak bosan
tp, kelebihan ibu mmg terbukti
masak yg sama pun, tetap laris
siap tambah lg,haha

ibu tak pernah jemu beri tunjuk ajar kat anak-anak
itulah sumber kekuatan anak-anak

memasak tu kemahiran hidup
tak kira perempuan ke lelaki, rasanya perlu ada bakat walaupun sedikit

Islamic_Muslimah said...

wah, wah..
adik akak nie dah pandai masak yea..
bgus2, keep it up!
if rajin, try2 resepi kat internet, menarik gak taw :) ok, selamat belajar menjadi isteri dan seorang ibu solehah ^_^

norashikin rahmat said...

@penaberkala,
betul tu. Fortunately adik bongsu lelaki saya suka juga memasak waktu dia rajin..

tentang ibu kreatif tu sejujurnya saya sendiri belum jumpa ibu yang sebegitu tapi bagi saya semua ibu adalah ibu yang ideal untuk anaknya.

norashikin rahmat said...

@kak hana
hai2, bagi tips ni macam dah pro je.. boleh ajar ikin nanti, okei?
ayat kat atas tu kena betulkan, bukan 'dah pandai masak' tapi 'dah pandai nak belajar masak'! hehe :D

thanks for the wish, you toooo!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea