Semalam 20 jun dan saya genap 20 tahun. Nak cerita tentang celebration ke? haha.. semuanya berlaku semalam. hari bapa, pertunangan makcik, birthday saya.. Kakak saya belikan saya kek berbentuk bola yang sedap.. Hadiah harijadi? saya dapat free call&SMS ke 8 nombor selama 7 hari dari celcom.. sila jeles untuk bukan pengguna celcom~
menggulung 20 tahun kehidupan saya..alahai, apalah sangat yang saya dah buat dengan hidup saya ni, kan..
2 tahun bersekolah tadika, 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun di asrama penuh, 1 tahun di matrikulasi, 1 tahun di universiti.
macam sama je dengan orang lain, kan?
bangun pagi, pergi sekolah, belajar, berkawan, makan minum segala..apakah yang telah saya hadiahkan buat diri saya setelah umur saya mencecah umur 20 tahun ni?
rasa macam kita ni tak ada apa-apa je.
Masa kita masih dalam usia remaja, kita mula belajar mengenal diri. Kita selalu bertanya pada diri, "kenapa aku tak sama dengan orang lain?" dan mula berusaha untuk menempatkan diri berada dalam ruang hati orang lain.Tetapi bila kita semakin dewasa kita cuba membuat diri berbeza daripada orang lain tetapi semakin kita berusaha untuk menjadi berbeza rupa-rupanya kita sama je dengan orang lain.

4 komen best:
dah kena matured.. dah besar
baikk~
salam alaik..
moga dgn peningkatan umo kita dapat mendekatkan diri kita pd Yg Maha Mencipta, amin ^_^
Kita semua sama sahaja, yang membezakan kita hanyalah TAQWA, wallahualam :)
wslm~
jazakillah, kak hana cyg..may Allah bless us :D
Post a Comment