- Harini ada lagi berita anak perempuan hilang/menghilangkan diri/lari dari rumah/keluar rumah tanpa dapat dikesan. Anak-anak yang melarikan diri ni, entah apalah ya yang difikirkan? -tak kesian ke kat ibu ngan ayah yang susah hati..? bukan senang nak lahirkan anak seorang..nak besarkan lagi..nak bagi ilmu lagi..ish..
- Di rumah, semua tempat bukanlah privasi. Saya paling suka meja makan di rumah saya dimana kami akan membincangkan hampir semua perkara. bergaduh, bergurau, mengutuk masing-masing pun kat situ. Yang bestnya, no hard feeling~
- Dah hampir tiga minggu saya di rumah. tugas saya menjaga baby yang kuat menangis. Buat susu, mandikan baby, tidurkan baby.. paling tak tahan, kalau baby menangis tak henti-henti. Masatu, saya fikir, hebatnyaa ibu-ibu kat dunia ni...Terutama ibu yang ramai anak.
- Kalau boleh yang semampunya, janganlah anda-anda semua ambil orang gaji yea. Saya selalu dengar pasal orang gaji pecahkan tembelang majikan..luar dalam semua habis diceritakan kat orang..Adakah mereka ni tak tahu etika, atau perlukah tukang kebun sekalipun diajar tentang Tonggak 16? Sebelum ambil orang gaji tu, selidiklah dulu segala perkara..
- Sekarang ni sibuk isu Samy Vellu.. Dr.M mengulas isu ini dengan mengatakan "Samy Vellu telah terlalu lama berkhidmat..malah lebih lama berbanding saya..dia telah melepasi masa yang dialu-alukan.." (sumber: Buletin Utama TV3 27 Mei 2010). Jadi di sini natijahnya ialah, akan sampai masanya kita perlu berundur darihal yang kita tak diperlukan...Dr. M sendiri telah berhenti sebelum sampai waktunya dia tak dialu-alukan untuk berada di tempatnya..(atau rasanya waktunya memang telah tiba?)~
Thursday, May 27, 2010
seronoknya mempunyai keluarga
Categories
family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 komen best:
ni tanda2 besar2 ni.. bila majlisnya?
alhamdulillah dah faham yg bahawasanya dulu2 ur degil..nice
cisdel~
esok ade majlis walimah kat sini..jiran sebelah rumah kawin..besar juga majlisnya..
Post a Comment