Tajuk minggu ni: Keseronokan memberi.
Memberi memang best. Anda pernah memberi? Mustahil tak pernah, kan? Pernah dengar tak ungkapan "what you give you keep it forever"? Apa yang kita beri akan menjadi milik kita berterusan sedangkan apa yang kita ada dan simpan takkan menjadi apa-apa. Kenapa? fikirkanlah.
Dalam satu panggilan, seorang wanita menceritakan bahawa dia sudah lama berumahtangga tetapi hidup berjauhan dengan suaminya. Tapi suaminya telah berkahwin lagi. Wanita ni bagaikan hilang rasa, dia telah memberikan sepenuh komitmen, tanggungjawab, kesetiaan, dan tidak tahu di mana silapnya atau di mana kurangnya.
Ustaz telah menjawab pertanyaan ini dengan jawapan yang simple: Jika masalah kita dirasakan besar, maka besarkan jiwa kita untuk menghadapinya. Kita akan melihat hikmah, masalah menjadi ujian dan ujian menjdi rahmah. Subhanallah, indahnya Islam!
Rasulullah telah memberi dan memberi dalam seluruh kehidupannya. begitu juga para sahabat. Dari blog lasiaf87.wordpress .com, ada satu quote berbunyi,
"kenapa ulama’ dulu tulis buku berpuluh-puluh..
kenapa sahabat mengislamkan orang beratus-ratus dan beribu-ribu..
kenapa banyak sangat pencapaian mereka hatta orang bukan islam sekalipun..
sedangkan kita yang ada masa yang sama banyak.. pencapaian tidak setara mana pun lagi.."
satu perkongsian. semoga bermanfaat..
Mari kita besarkan jiwa!

6 komen best:
tajuk entri agak menarik
tak dapat apa yg suka,
suka apa yg dapat
mendalam maksudnya..apapun, bersyukur dgn apa yg ada. setiap ujian ada hikmahnya.
betul tu.. thanks :)
orang yang paling kaya adalah orang yang merasa cukop dengan apa yang ada.. :)
yup. dengan mengenal erti syukur :P
bersyukur dengan apa yg ada.dah lama x tgk tanyalah ustaz.kol brapa?
pukul 7-8pagi setiap jumaat-ahad. :)
Post a Comment