Di rumah kakak sepupu yang saya huni buat sepanjang praktikal ini, adanya tiga orang budak kecil. Anak-anak kakak saudara saya. Khadijah, Aliff, dan Aqeef.
Aliff adalah anak kedua kakak saudara yang berumur enam tahun. Banyak cakap dan banyak tanya. Dia selalu mempersoalkan kenapa saya memakai tudung walaupun sudah balik dari kerja dan berada di dalam rumah.
Aliff: Kenapa Kak Nora ni pakai tudung dalam rumah? Dah sampai rumah bukak lah tudung.
Kak Nora: Dalam rumah tak boleh pakai tudung ke?
Aliff: Orang pakai tudung pergi keluar saja; nak pegi kerja pakai lah tudung. Dah balik rumah bukak tudung. Tak pakai tudung kan cantik.
Kak Nora: Pakai tudung lah cantik. Tudung kan lawa.
Well sebenarnya kanak-kanak dalam rumah kita telah keliru tentang konsep-konsep basic dalam hidup mereka. Solat juga cuma di sekolah aja. Terutamanya apabila tidak ada application dan contoh yang baik di rumah. Aliff percaya bahawa cantik itu adalah dengan mempamerkannya, seperti yang dilihat dalam TV, dan perlakuan orang dewasa di sekitar kehidupannya. Mereka juga lebih percayakan cikgu berbanding orang dewasa lain malah mereka percayakan cikgu lebih dari ibu sendiri. Kadang-kadang ibu Aliff mengajarnya membuat kerja sekolah dan dia akan marah kalau ibunya ajar lain berbanding metode yang diajar cikgunya di sekolah. Saya suka melayan borak-borak dan celotehnya yang tak habis-habis itu. Namun kadang-kadang saya mengalah juga (bukan kalah ok!) >.<
