Tuesday, February 26, 2013

seni membasuh periuk.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 26, 2013
Semasa praktikal, saya mengambil peluang balik ke Nilai semasa hujung minggu, selepas waktu kerja hari sabtu. Membuat kerja rumah setelah bekerja sepanjang minggu merupakan satu kepuasan, sebenarnya. Dan salahsatu kerja ialah membersihkan dapur.

Well. Salahsatu kerja yang sering saya lakukan di dapur ialah membasuh periuk. Periuk nasi, terutamanya. Kalau nak basuh periuk, saya suka menyentalnya dengan span. Tetapi adalah lebih mudah membasuhnya dengan merendam dengan air terlebih dahulu, kerak-kerak pada periuk akan lebih senang tertanggal.

Lalu saya teringatkan adik-adik lelaki saya. Mereka juga seperti periuk yang berkerak dibawahnya. Sama ada disental dengan teruk atau direndam dengan air dengan lama, hasilnya sama. Periuk akan tetap bersih, cuma proses yang pertama mengambil sedikit masa tetapi memenatkan, manakala proses kedua mengambil masa lama tetapi hasilnya kerak-kerak itu akan mudah tertanggal dengan sendirinya tanpa memberi tekanan (force) yang banyak. Adik saya dan periuk itu banyak juga persamaannya. Bahawa mereka sangatlah sukar mendengar kata walaupun sudah besar; yang seorang baru habis SPM dan seorang lagi baru tingkatan empat. Adalah lebih mudah bercakap secara lembut dengan adik-adik saya ini berbanding marah-marah, mereka tak akan menurut kecuali bila digertak.

Saya juga perhatikan; bahawa kita ini perlu diingatkan selalu agar berbuat sesuatu. Untuk meminta adik-adik saya berbuat sesuatu, mengangkatkan gulungan karpet yang dikemaskan atau mengangkat sesuatu yang berat misalnya, saya perlu mengulangnya beberapa kali. MasyaAllah. Dah besar pun kena cakap berulang-ulang kali baru nak buat.

Baru saya sedar. dalam nak mendidik orang lain, kita perlu banyak bersabar. Bersabar membersihkan 'kerak-kerak' dalam hati manusia.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea