Tuesday, February 26, 2013

Aliff and me

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 26, 2013 0 komen best


Di rumah kakak sepupu yang saya huni buat sepanjang praktikal ini, adanya tiga orang budak kecil. Anak-anak kakak saudara saya. Khadijah, Aliff, dan Aqeef.

Aliff adalah anak kedua kakak saudara yang berumur enam tahun. Banyak cakap dan banyak tanya. Dia selalu mempersoalkan kenapa saya memakai tudung walaupun sudah balik dari kerja dan berada di dalam rumah.

Aliff: Kenapa Kak Nora ni pakai tudung dalam rumah? Dah sampai rumah bukak lah tudung.
Kak Nora: Dalam rumah tak boleh pakai tudung ke?
Aliff: Orang pakai tudung pergi keluar saja; nak pegi kerja pakai lah tudung. Dah balik rumah bukak tudung. Tak pakai tudung kan cantik.
Kak Nora: Pakai tudung lah cantik. Tudung kan lawa.

Well sebenarnya kanak-kanak dalam rumah kita telah keliru tentang konsep-konsep basic dalam hidup mereka. Solat juga cuma di sekolah aja. Terutamanya apabila tidak ada application dan contoh yang baik di rumah. Aliff percaya bahawa cantik itu adalah dengan mempamerkannya, seperti yang dilihat dalam TV, dan perlakuan orang dewasa di sekitar kehidupannya. Mereka juga lebih percayakan cikgu berbanding orang dewasa lain malah mereka percayakan cikgu lebih dari ibu sendiri. Kadang-kadang ibu Aliff mengajarnya membuat kerja sekolah dan dia akan marah kalau ibunya ajar lain berbanding metode yang diajar cikgunya di sekolah. Saya suka melayan borak-borak dan celotehnya yang tak habis-habis itu. Namun kadang-kadang saya mengalah juga (bukan kalah ok!) >.<

seni membasuh periuk.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 26, 2013 0 komen best
Semasa praktikal, saya mengambil peluang balik ke Nilai semasa hujung minggu, selepas waktu kerja hari sabtu. Membuat kerja rumah setelah bekerja sepanjang minggu merupakan satu kepuasan, sebenarnya. Dan salahsatu kerja ialah membersihkan dapur.

Well. Salahsatu kerja yang sering saya lakukan di dapur ialah membasuh periuk. Periuk nasi, terutamanya. Kalau nak basuh periuk, saya suka menyentalnya dengan span. Tetapi adalah lebih mudah membasuhnya dengan merendam dengan air terlebih dahulu, kerak-kerak pada periuk akan lebih senang tertanggal.

Lalu saya teringatkan adik-adik lelaki saya. Mereka juga seperti periuk yang berkerak dibawahnya. Sama ada disental dengan teruk atau direndam dengan air dengan lama, hasilnya sama. Periuk akan tetap bersih, cuma proses yang pertama mengambil sedikit masa tetapi memenatkan, manakala proses kedua mengambil masa lama tetapi hasilnya kerak-kerak itu akan mudah tertanggal dengan sendirinya tanpa memberi tekanan (force) yang banyak. Adik saya dan periuk itu banyak juga persamaannya. Bahawa mereka sangatlah sukar mendengar kata walaupun sudah besar; yang seorang baru habis SPM dan seorang lagi baru tingkatan empat. Adalah lebih mudah bercakap secara lembut dengan adik-adik saya ini berbanding marah-marah, mereka tak akan menurut kecuali bila digertak.

Saya juga perhatikan; bahawa kita ini perlu diingatkan selalu agar berbuat sesuatu. Untuk meminta adik-adik saya berbuat sesuatu, mengangkatkan gulungan karpet yang dikemaskan atau mengangkat sesuatu yang berat misalnya, saya perlu mengulangnya beberapa kali. MasyaAllah. Dah besar pun kena cakap berulang-ulang kali baru nak buat.

Baru saya sedar. dalam nak mendidik orang lain, kita perlu banyak bersabar. Bersabar membersihkan 'kerak-kerak' dalam hati manusia.

Thursday, February 21, 2013

was seventeen, six years ago :)

di tulis oleh Unknown pada Thursday, February 21, 2013 1 komen best

I know you miss your sweet seventeen moments.Me too >.<

Wednesday, February 20, 2013

Perempuan Tanpa Kenangan

di tulis oleh Unknown pada Wednesday, February 20, 2013 0 komen best
Salahsatu sebab blog ini wujud ialah saya ingin merakamkan dan menghadam sebaik-baiknya apa yang saya dapatkan daripada hidup ini setiap hari. Saya ingin hari-hari yang saya lalui bermakna seperti itu, adanya nilai dalam setiap yang saya lalui. Saya tidak ingin hidup ini berlalu dengan sia-sia.

Namun akhir-akhir ini saya selalu kematian rasa dan keinginan untuk menulis. Saya ingin menghadam semuanya dalam hati saja. Malas, mungkin.

Saya tak ingin menjadi perempuan tanpa kenangan. Tidak mungkin dalam hidup ini tidak ada yang tak perlu dipelajari atau difikirkan semula.

Mungkin kehidupan bekerja adalah seperti ini, hidup yang kerutinan.
Mungkin kehidupan rutin menyebabkan kita lelah dan malas.
Mungkin sebab saya berada pada tahap kehidupan yang tidak kondusif untuk saya kongsikan sesuatu kerana semua perkara yang saya lalui banyak rahsia dan sulit untuk difikirkan.

Well untuk mengharungi hari-hari yang tidak ada kuliah, tak ada majlis ilmu, tak ada tazkirah, tak ada usrah mingguan, saya membeli buku 'Act Like a Lady, Think Like a Man' (Macam tak ada kena mengena sangat dengan hidup sebab buku ni lebih sesuai dengan orang yang dah berkahwin). Sebenarnya saya nak carikan buku Men From Mars Women From Venus untuk seseorang, tapi tak ada di kedai buku itu.

Rumah yang saya huni sekarang ada tiga orang kanak-kanak yang suka ikut saja apa saya buat. Saya mengaji mereka mengaji. Saya solat dia main teddy bear besar di keliling saya. Saya main game dia pun sama-sama main game.

Saya ada mengadu pada seorang kakak bahawa saya tidak sukakan kehidupan praktikal ini. Tapi dia telah berpesan; "Apa yang Allah berikan, mungkin sekarang macam tak ada gunanya. Mungkin pada masa depan, kita tidak tahu, kan?"

Semakin hari, saya semakin biasa dengan suasana kerja, dan sangat rindu untuk bertemu ibu pada hujung minggu.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea