- Secara fizikalnya, alhamdulillah, seorang sahabat saya telahpun mula memakai pakaian muslim yang sempurna. Maksud saya, melabuhkan pakaian dan menepati standard seorang true muslim. Dan pada suatu hari, dia datang menziarah saya. Dalam pertemuan itu, dia banyak berkongsi. Katanya, menurut suruhan Allah mendatangkan perasaan indah dan tenang, merasa cinta dan bahagia, sedang sebelum itu hidupnya terasa banyak kekacauan dan kegelisahan.
- Hidup ni bila pusing-pusing balik kita akan cakap juga tentang perkahwinan. Ini adalah musim saya menerima jemputan-jemputan walimatulurus yang tak putus-putus. Cuma dalam musim exam ini, memang tak dapat hadir ke mana-mana majlis. Ketahuilah, mendidik keluarga dalam rumahtangga bukanlah hal yang mudah. Proses perkahwinan adalah panjang, ia adalah kehidupan yang melengkapkan sebahagian daripada agama, membantu kepada proses keimanan kepada Allah.
- Esok exam kedua terakhir sepanjang menjadi pelajar first degree.
- Untuk orang-orang yang melalui kesulitan dalam hidup, semoga Allah memberi ganjaran dan menilainya sebagai amal soleh. Tak ada sesuatu yang diambilNya, melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
- Seorang demi seorang kawan saya melangkah pulang, sebagai pelajar semester akhir. Selepas ini belum tentu akan berjumpa lagi. Semoga Allah merahmati kita semua. *wave ganbateh*
Salam sayang.
