Dalam kehidupan, ketidakpastian menjadikan manusia sempurna, dan uncertainty menyebabkan manusia terbahagi menjadi dua sifat; sama ada bersungguh-sungguh mengusahakan perancangan tanpa berkira banyak tentang hasil atau outcome , ataupun berputus asa terhadap ketidakpastian yang ada.
Ketidakpastian membuatkan manusia berhati-hati terhadap risiko yang ada. Untuk risiko kerugian, seorang peniaga akan cuba mengurangkannya dengan melaksanakan jangkaan dengan melaksanakan tinjauan maklumat. Untuk risiko gagal, seorang pelajar akan berusaha sebaiknya untuk mengulangkaji supaya tidak terjatuh ke dalam golongan yang gagal. Untuk risiko kemalangan, seorang pemandu akan memandu dengan cermat.
Kalau semua benda adalah pasti dalam dunia ni, pastilah manusia sentiasa dalam keadaan tidak berhati-hati dan mungkin perkataan kecewa, rugi, dan sedih takkan wujud pun.
Kalau kita pasti berjaya bila masuk univ, maka takkan ada orang yang berusaha. Kalau kita pasti dapat syurga, pasti kita takkan berhati-hati dengan dosa. Yang pasti kita akan mati, cuma tak tahu bila.
Dewasa ini, saya selalu merasa tidak jelas dengan apa yang saya lakukan.
