Monday, April 30, 2012

Tenang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 30, 2012 0 komen best
Tenang di saat semua yang lain tergugah. Manusia akan tenang apabila dia yakin. Dan keyakinan itu berlangsung apabila tidak ada lagi soalan.

Ketika di bangku sekolah, saya suka membaca siri motivasi tulisan H.M. Tuah. Namun semakin saya meningkat dewasa, buku-bukunya tidak lagi saya minati, mungkin kerana saya telah bertemu dengan inspirasi yang lebih hebat dari itu. Namun saya masih berpegang kepada kata-kata yang ditulisnya, "bertenang-tenang itu daripada malaikat dan gopoh gapah itu daripada syaitan".

Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Berapa lama kita akan tenang kalau ingat yang selain Allah?

Video di atas memberi contoh pembuktian bagaimana haiwan dijinakkan dengan kalimah bismillah. Nanti masa raya haji, bolehlah cuba kat binatang sembelihan. Balik nanti nak cari ayam Awang. 

Manusia, suka mendengar kata-kata yang baik-baik sahaja. Tak kisahlah sama ada waktu itu dia sedang mengamuk, gusar, ragu, marah atau sedang gembira, manusia hanya mahu mendengar yang baik-baik saja. Dan kadang-kadang, kita perlu berkongsi ketenangan atau meminjamkannya kepada orang lain, dengan harapan semoga dia tenang. Ketenangan bukan milik kita, dan ia hanya diperoleh dengan meminta daripada Yang Memiliki Ketenangan. Sebabtu kita perlu selalu diingatkan dan saling berpesan-pesan.

Tension macammana pun hidup ni, atau susah mana pun ujian yang melanda, kita kena percaya, bahawa ia adalah hadiah dari Dia, Yang Memiliki segala cinta. Sebabtu, walau macammana sakit pun nak menghadap kerenah manusia, kita kena tenang-tenang dulu..

Sebenarnya, post ni khas ditulis buat Ilham Zakaria yang telah menganjurkan program bersama UNIC. Bila dijemput Ilham untuk jadi pemerhati program, banyak juga yang saya belajar. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Saya belajar untuk bertenang dan memotivasikan orang.

Kata Abbas asSissi, kalau nak memberi, kita mesti memiliki :)

Sunday, April 29, 2012

wish

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 29, 2012 3 komen best

"Bila seseorang itu kenal diri, dia mampu bangun walaupun jatuh."-aku.

Thursday, April 26, 2012

menerima dan menolak

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 26, 2012 0 komen best
Harini terasa banyak nak kongsi. Banyak nak catat. Banyak nak tulis.

Cinta

Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil
apa-apa pun kecuali dari dirinya sendiri.
Cinta tiada memiliki, pun tiada ingin dimiliki;
Kerana cinta telah cukup bagi cinta.
~Khalil Gibran, dari Sang Nabi.

Rupanya, banyak juga perihal cinta yang pernah saya kongsikan di blog ini.Teringin nak jumpa saya yang dulu, macam 'dia' yang lebih matang dari saya sekarang. Anda boleh search apa saja di blog saya dengan kata kunci di bahagian search sebelah kanan atas blog ini untuk post lepas yang berkaitan.


Lupa
Baru-baru ni saya menonton beberapa siri video yang amat terkesan di hati saya. Bila nak masuk toilet, bila nak makan, bila masuk bilik, saya mula mengubah kebiasaan disebabkan beberapa video ini. Terima kasih kepada para da'ie yang kreatif.

Iblis berjanji, "Saat kau melupakan Allah, aku takkan melupakanmu". Sadis dan menakutkan betul kata2 laknatullah ini.

Menerima dan menolak
Dalam organisasi saya, saya sebagai Presiden, atau tak lama lagi ditukar kepada gelaran Pengerusi kelab. Kelab ini taklah besar, tetapi memiliki keahlian seramai hampir 400 orang. Kalau sayap kiri ketua biasanya perempuan, namun sayap kanan saya ialah seorang lelaki berbangsa India dan sayap kiri pula ialah seorang lelaki berbangsa Cina. Setiausaha I & II juga berbangsa cina, begitu juga dengan bendahari. Namun apabila meeting, kami tenggelam dalam dunia kami, tak pernah membicarakan perbezaan soal kaum atau bangsa. Memang terasa benar kesepakatan antara kami, rasa seronok dan bahagia sebab Allah kurniakan anggota satu kepala macam mereka. Senang dan mudah jadinya urusan dan kerja kami. Dan kami saling menerima dan menolak pendapat masing-masing dalam keadaan penuh muhibbah dan mahabbah.

Banyak yang saya belajar daripada mereka. Sebelum ni saya memang susah menerima pendapat orang lain dan sukar menerima kenyataan apabila pendapat ditolak. Tapi, Allah izin, saya belajar give and take, dan juga skil-skil meraikan pandangan orang lain dan memberi pendapat dalam cara yang boleh diterima orang lain. Hidup ini satu latihan, dan kalau matlamat kita betul fillah, bila ditolak taklah rasa macam kecewa sangat, dan bila diterima, akan cuba buat yang terbaik.

Future
Semasa minum pagi sendirian di kafe, saya terpandang perkataan 'future' tertulis besar di cafe. Dalam perkataan 'future' ada 'futur', baru saya perasan. Terkesima sekejap, rasanya orang yang tidak nampak future la yang akan jadi futur, sebab dia hilang 'e' dalam hidupnya.

Strategi
Semasa makan tengah hari, tv astro first di cafe menayangkan cerita lagenda dinasti cina. Saya suka cerita genre macamtu, sebab boleh nampak macammana kejatuhan empayar dan sikap2 yang ada ketika jatuh dan sikap2 perampas.

Biasanya yang merampas menang dengan strategi, dan yang kalah biasanya sedang lalai dan tertipu.

Semoga, kalau Allah uji kita terjatuh, Dia sudi membangkitkan kita semula.

Wednesday, April 25, 2012

Hina

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 25, 2012 0 komen best

Kehinaan itu sesuatu yang sangat buruk. Bergantung kepada siapa yang menilai. dan sebenarnya, dalam masa yang sama, ketika seseorang itu memandang sesuatu itu mulia atau hina, ia juga sedang menilai kemuliaan atau kehinaan dirinya.

Maaf kalau kena baca dua kali.

Dalam dunia ni, semua orang nak bertaraf mulia. Mulia tanpa perlu berkepoh-kepoh, "akulah orang yang mulia!" atau, "hormati aku! aku lagi mulia dari kau!" atau, "aku banyak kelebihan. mulia gila aku ni".

Mulia itu sesuatu yang unspoken. Dan dunia ini Allah jadikan macam cermin, bila seseorang itu mula mengangkat dirinya mulia, pada masa itu dia adalah orang yang terhina. Dan pada saat dia memandang hina orang lain, dia sedang menghina dirinya. Begitupun, orang yang dihina, mungkin lebih mulia. Masih teringat maksud hadis, "sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan orang lain". Sombong itu adalah kehinaan bagi hamba.

Jadi, masih nak jadi mulia ke?

Setuju tak kalau saya kata Rasulullah itu seorang yang mulia?

Allah telah mengutus Rasulullah untuk mengajar kita menjadi seorang Muslim. Melalui Rasulullah, Allah telah menunjukkan kepada kita jalan untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan di dunia dan akhirat nanti. Jadi, adakah kita sudah menelusuri jalan yang mulia itu?

Tidak ada kemuliaan, selain kemuliaan dalam Islam!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea