Tuesday, November 29, 2011

aku, dan manusia.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 29, 2011 0 komen best
Pembalasan itu sesuatu yang nyata dan pasti, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, sama ada cepat atau lambat. Sebab yang menyusun semua itu adalah Allah.

Pada suatu masa lalu, dalam masa 3 tahun ini, saya ada menumpahkan rasa hormat dan percaya kepada seseorang. Tapi sejak saya terjun ke dunia kertas kerja dan projek, saya diperkenalkan dengan sikap pemerhati, tajam dan belajar sifat orang. Belajar dari kesilapan.

Suatu hari, dalam projek saya, orang itu telah melakukan sesuatu yang merosakkan plan projek secara keseluruhannya, walaupun orang lain tidak tahu apakah kesusahan yang saya lalui disebabkan perbuatannya. Walaupun saya rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku, saya masih menghormati siapa dirinya atas keyakinan, saya tidak punya kuasa membalas apa-apa --Allah je yang layak balas segala kebaikan atau kejahatan, menutup atau membuka segala keaiban sesiapa yang disukaiNya.

Allah izin, sampai ke hari ini (sejak kelangsungan projek tu dan apa yang dilakukannya), satu demi satu kelemahannya disingkap dengan jelas di depan mata saya.

Mungkin, sebelum ini, disebabkan rasa respect itu, saya tidak menilai orang itu dengan telus tentang siapa dia yang sebenar, sampai sanggup menutup mata dan pekakkan telinga, sebab rasa tak percaya dengan benda yang disampaikan (sebelum ni selalu je orang cakap pasal dia kat saya). Memang saya orangnya tak reti percaya pada benda yang tak berlaku atau kata orang, 'selagi tak terkena pada diri'.

Saya tak tahu kenapa, tapi terjun ke dunia projek membuatkan kita kenal siapa orang-orang di sekeliling kita yang sebenarnya. Tapi masih, sebagai human being, kita yang telah terlihat keburukan sama sekali tidak boleh mendedahkan keaiban mereka pada orang lain, apatah lagi menjajanya.

Konklusinya, kalau nak belajar sifat manusia, buatlah project. Anda akan belajar menangani korupsi, penipuan, atau anda sendiri yang belajar menipu dan jadi kuli bodoh. Pesanan langsung dari saya, kalau ada sahabat yang baik, dan taknak rosakkan persahabatan, janganlah sesekali ajak dia buat projek bersama-sama. Sebab, anda akan kenal siapa dia yang sebenarnya selepas projek.

Dialah penipu, dialah penyusah hal orang lain, dialah penghasut dan macam-macam lagi yang tak tertanggungkan. Kita tak boleh expect orang untuk bertanggungjawab dengan apa yang dibuat, jadi doa jelah senjata paling ampuh..

Neraca kita adalah taqwa. Allah yang meluluskan segala projek dan segala apa yang kita pelajari daripada inti yang ada di dalamnya.

Monday, November 28, 2011

i was graduated!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 28, 2011 5 komen best
Saya dah ditauliahkan! percayalah!


 Sebenarnya, saya tak hadir ke konvonya.. sebab abah kata saya boleh dapat sijil tu tanpa perlu saya hadir pun ke sana.. Bila tengok gambar kawan-kawan kat fesbuk amik gambar konvo, saya tak terasa jeles pun.. sebab pergi meredah pacat kat Bukit Ayer lebih best dari semua itu..

Bila harini bukak fesbuk, Dr. Mus pesan suruh ambil barang.. Katanya, saya sorang je yang tak sampai ke tempat konvo..

Pengiktirafan ini ada banyak kebaikan. Antara kelebihan memiliki tauliah ini ialah, pengiktirafan yang diberikan menyebabkan anda dikenali di serata dunia, kerana CILT adalah sebuah badan antarabangsa. Dan, gaji starting mungkin lebih tinggi daripada graduan biasa, (mengikut common sense saya, dengan syarat company tu adalah berstatus antarabangsa).

Masa saya mendapat surat tawaran ke UUM, boleh dikatakan saya hampir tak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang bidang Logistik. Cuma, apa yang sangat meyakinkan saya ialah untuk satu course, saya akan mendapat dua pengiktirafan apabila bergelar graduan UUM, iaitu lepasan ijazah program BBA Logistics & Transport, dan pengiktirafan CILT. Padahal, masa mohon program universiti, saya taktahu apa-apa tentang bidang yang sesuai selain perakaunan dan pengurusan perniagaan ataupun ekonomi.

Abah je yang beria-ia yakinkan saya yang course ni sangat menguntungkan pada masa depan. Terima kasih sangat kat abah sebab selalu meyakinkan anakmu..

Saya hampir tidak dapat melalui 'tarbiyyah pacatiyah' jika pada tarikh yang sama, saya menghadiri konvokesyen bagi mendapatkan sekeping sijil ini.

Penyusunan Allah, sangat bermakna.. Its about killing two birds in one shot!

Sunday, November 27, 2011

Tarbiyyah pacatiyah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 27, 2011 2 komen best
Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari satu ekspedisi ke Bukit Ayer. Semasa dalam ekspedisi, kami telah melalui suatu tempat yang bernama Wang Pacat (lembah pacat).

Sungguh, tempat itu memang dipenuhi dengan pacat. Tak ada antara kami yang tak terkena gigitan pacat. Mula- mula, memang semuanya terhenti-henti sebab kejap-kejap ada yang berhenti nak buang pacat. Ada yang terjerit sebab geli.. Lama-lama, bila dah banyak sangat, dan hari pun dah nak malam, kami dah malas nak hiraukan pacat-pacat yang sedang sedap menghisap darah kami.. Kalau tunggu juga nak buang pacat, hari akan malam dan kami akan lewat sampai ke destinasi. Malam akan membuatkan pandangan terhad dan mengundang risiko kebahayaan kalau teruskan juga perjalanan.

Sampai satu tahap kami dah tak merasa sakit pun dengan gigitan pacat, dan ada yang dah berani buang sendiri pacat tu dari kaki.
ini pacat pada kaki. (bukan kaki saya).

Ketahuilah, itulah hidup. Hidup ini, satu ekspedisi. Dan pacat-pacat itu merupakan dugaan-dugaan dalam perjalanan yang mungkin menyebabkan kita terhenti-henti. Sampai satu tahap, kita dah tak kisah, atau sudah terbiasa dengan masalah kecil kerana ada masalah lebih besar untuk diberi fokus dan perhatian. Paling penting, kita perlukan sahabat-sahabat untuk membantu kita mengharung 'pacat-pacat kehidupan', bersama memijak onak dan duri, berkongsi apa yang ada, merasa risau kerana kita 'terseliuh', mendengar setiap celoteh, meminta pendapat dan memberi semangat membina.. ia bukan persahabatan biasa, ia dipanggil 'ukhuwwah'. Tiada iman tanpa ukhwah, tiada ukhwah tanpa kasih sayang.

Dalam ekspedisi, kalau kita leka nak buang pacat, kita akan lupa menikmati keindahan-keindahan yang Allah bentangkan sepanjang perjalanan.. Dalam kehidupan, kalau kita asyik fokus dengan masalah kecil yang remeh, kita akan lupa memerhatikan nikmat-nikmat yang ada dalam kehidupan, lalu menjadikan kita manusia yang hilang kepekaan dan rugi, sangat rugi.

Yakinlah, sesungguhnya yang memberi kemudharatan dan kebaikan itu hanyalah Allah!

Friday, November 25, 2011

kemenangan milik orang yang yakin

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 25, 2011 0 komen best
Saya berada di satu sudut, dimana saya telah melakukan kesilapan bodoh. Dalam kesilapan itu, saya yakin yang saya tak bersalah. Ujian, hanya akan datang kepada orang yang jiwanya hidup dan bekerja. Para sahabat dulu bersyukur bila ditimpa ujian.. sebab merasakan diri diperhatikan Allah untuk kembali mentaatiNya..

Kalau dalam umur muda saya mudah lelah, saya akan cepat menjadi tua. Ujian tak diberi untuk mencipta jiwa manusia yang pendendam kepada Tuhan. Sebaliknya, ia tanda kasih sayangNya..


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Ujian adalah tarbiah dari allah(allah...)
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari tuhan...



mohon doa tulus dari anda semua yea..
tidak ada apa-apa yang boleh saya kongsikan tentang cerita saya.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea