Sunday, August 21, 2011

Lagu untuk sahabat~

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 21, 2011 3 komen best
Lagu ni sesuai untuk sahabat, setelah diteliti bait2 liriknya.. memang sangat bermakna untuk saya!

Jangan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terik, hujan, badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Wednesday, August 17, 2011

the pen cant see me

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 17, 2011 0 komen best
Allah itu wujud. Ada.

Biasanya apabila nak menjawab persoalan 'benarkah Allah itu wujud?', analogi yang selalu digunakan ialah, udara itu ada walaupun kita tak nampak.

Tetapi apabila adanya argument bahawa udara hanya dirasai apabila kita switch on kipas. Pada point ni, kita stuck tak tahu nak jawab apa.

Ok. Katakan saya mencipta sebatang pen. Apakah pen itu dapat melihat saya?

Sudah tentu tidak. Kerana saya tidak menciptakannya dengan deria supaya ia dapat melihat saya. Ia tidak dapat melihat saya, tetapi saya wujud.

So, the reason why we cant see Allah is that Allah creates us without the sense to see Him..

~sedikit pencerahan daripada brother Shah Kirit dalam rancangan TV alHijrah, 'REFLECTION'.

wordless wednesday #2

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 17, 2011 0 komen best





Sunday, August 14, 2011

Di dalam sebuah kotak bernama kenangan..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 14, 2011 0 komen best
Saya baru je buka kotak lama.. barang-barang waktu sekolah dulu. Macam-macam, segala benda ada dalam tu. Dulu saya tulis diari, jadi ada beberapa buah diari tersimpan dalam tu. Masih teringat, masa form 4 saya tulis diari sampai 3 buah. Tapi sejak ada blog, saya hanya beli planner dan tak lagi menulis diari.

Banyak betul gambar dalam tu. Semuanya menunjukkan rupa diri saya yang dulu.. Paling mengejutkan, saya terjumpa 2 keping gambar yang ................~
*isi tempat kosong*

Kenangan, ada kalanya dan sampai waktunya, ia perlu dibuang.. sepertimana saya membuang ingatan terhadap kawan-kawan sekolah.. mungkin kerana ini saya jadi seorang pelupa, sebab saya tak suka ingat orang, kesilapan-kesilapannya.. tapi.. barang-barang yang disimpan tu sarat dengan makna.. 


hati dan jiwa saya juga terluka bila membaca kembali surat-surat kawan-kawan.. surat-surat semasa saya mahu berpindah dari MRSM Muar, terutamanya. Ada kalanya saya merasakan yang setahun di MRSM Muar adalah mistake.. In the same time, ia juga turning point untuk saya berubah.. Di sana saya berjumpa dengan beberapa orang yang hebat yang masih menjadi orang penting dalam hidup saya.

Melalui kotak itu, saya faham.. dulu saya tak faham kenapa saya belajar.. dan kenapa saya mesti berjaya.. dulu saya selalu ditekan oleh tok aki untuk dapatkan no. 1 tanpa saya faham kenapa.. bila Tok aki dah meninggal, saya dah tak nampak hala tuju.. jadi, walaupun ada saya selalu menerima nota dengan makna supaya saya belajar lebih tekun, saya tetap main-main.. perasaan sayangkan abah dan ibu sahaja tidak dapat menjadi alasan yang kukuh untuk saya berjaya.

Sejak mengenal Allah, tarbiyyah dan dakwah, kehidupan semakin tersusun dan bererti.. pandangan pun makin terarah.. jiwa semakin kuat bertekad dan berhidup.. saya bukan berkorban, tetapi memang hidup saya untuknya. perkataan berkorban itu tak layak bagi saya, sebab memang Allah dah jadikan saya untuk itu.

Saya tak nafikan, hanya ilmu, Islam dan keizinan Allah yang mengangkat diri seseorang itu..

Allah, izinkanlah kami untuk berada di atas jalanMu!



 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea