Tuesday, July 21, 2020

Reading

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 21, 2020 0 komen best
Apa je perempuan bernama Ashikin baca lately?

Hmm.. masa birthday haritu (30th, okay!) saya dapat beberapa hadiah, antaranya bunga orkid sepasu dari boss yang handsome, sweet lagi baik hati dan juga sebuah buku dari cousin saya yg saya pilih sendiri, dari author yg saya paling suka -Mitch Albom, The next person you meet in Heaven.

Well author ni diperkenalkan kpd sy oleh Maherilham. In reading world samalah macam foodhunting, tempat best untuk makan diperkenalkan oleh org yg suka makan, dan buku best diperkenalkan oleh org yg suka baca buku. Cuma nasib2la,ada je 'lauk' dari author yg sama yg kau tak berkenan sangat.

So dulu sy suka Cecelia Ahern sebab roommate sy kat skolah introduce, and tulisan dia kena sangat dgn jiwa masatu. Dan setelah satu 'tragedi' dlm hidup saya, saya tak lagi membaca tulisan Cecelia Ahern, sebab Cecelia tulis benda2 yg sangat dekat dgn hati saya & apa yg berlaku dgn hidup saya. So I cannot. Lama saya memujuk kembali diri saya membaca..makan dua tahun jugalah haii..

Saya baca Paulo Coelho- Like the flowing river- sebab senior uni sy Shazerinna kenalkan. It made my mind flows, dan memikirkan bahawa hidup ini seharusnya berarus seperti sungai, dan diri kita biar melentur seperti air. Sedar diri bahawa biarpun mengalir di arus, atau menitis di hujan, kita, hanyalah air.

Saya baca Lang Leav - tak banyak, saya hanya mengumpul buku puisi - kerana terbaca puisi2 ringkasnya di website. Kedua2 bukunya adalah hadiah. Nak beli memang mahal. Sekarag Lang Leav dah mula tulis novel tapi saya tak minat sebab penulisnya kuat sangat berangan nanti saya terikut kehkeh.

Sekian sajalah buku2 santai yg saya baca. 
Buku berat2 pun ada tapi yg berat semuanya kena baca dgn hati, xboleh pakai 'auto-pilot' mode. Satu ayat pun berharga dan mesti dibaca ulang2 sampai paham. Next timelah kalau rajin saya tulislah.

Saturday, July 18, 2020

Tell me

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, July 18, 2020 0 komen best
I wish i could have that translation book of what you say and what you do.

Because it does have meaning to dumb person like me.

Wednesday, July 15, 2020

The 'parenting of your parent' day has come

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 15, 2020 0 komen best
Masa kita masih budak, parent kita melaksanakan pendidikan keibubapaan semahu-mahunya kepada anak2 - dengan cara membebel, marah, rotan, nasihat, cakap baik2, mengamuk.. apa sahaja.

Dan yang paling berbekas dalam hati ialah semasa mereka marah berbanding semasa mereka menasihat secara baik2.

Begitulah.
Sebagai manusia, secara fitrahnya, saya hanya mengingat my parent's parenting seperti itu.

Dulu saya menelefon ibu abah saya setiap minggu untuk bertanya khabar, semasa saya masih belajar.
Pun begitu banyak yang saya terlepas tentang perkembangan keluarga, yang mana saya cuba merapatkan kembali apa yang terjarak, menambah apa yang terkurang, membetulkan apa yang tersalah. Dan masa lalu tidak akan kembali, saya bersyukur telah menghabiskan masa muda tanpa penyesalan.

Sekarang saya hanya telefon abah untuk mengingatkannya tentang bil-bil telefonnya, atau dia terlewat membayar bil elektrik. 

Banyak bahagian hati saya yang pecah apabila melakukan ini sehinggakan saya selalu doa supaya Allah mengampuni saya dan membiarkan saya ikhlas dalam menyantuni kembali ibubapa saya.

Kenapa saya katakan "Parenting of your Parent Day has Come" adalah kerana...
adakalanya saya terpaksa menyekat kemahuan mereka yang terlalu banyak. Sedangkan masa kami masih kecil mereka tidak mengasuh kami untuk selalu memenuhi kehendak tetapi keperluan.
Contohnya meminta saya membeli lampu chandelier berharga ribuan ringgit.

Ada waktunya dia meminta untuk membeli telefon bimbit yang baru hanya kerana telefon lama sudah tidak cukup space.
It does breaks my heart not to be able to fulfill the request bukan kerana saya tidak ada duit tetapi pembelian itu akan menyebabkan pembaziran dan gadget sedia ada masih boleh digunakan. Mereka terlalu lalai juga dengan gadget, suka main game & tgk Youtube sampai berjam-jam.

Saya memang lantang dan tegas, walaupun dengan ibu dan abah.
Dengan adik-beradik juga.
Kalau dulu mereka selalu kata teguran mereka bersebab, begitulah juga sekarang.. Anak-anak juga menegur kerana sayang.

Monday, July 06, 2020

Untuk rujukan seharian

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 06, 2020 0 komen best
Posting FB hari ini membuatkan saya mencari semula 10 Muwasofat Tarbiyah.

Copy & Paste di sini untuk simpanan & rujukan peribadi:

10 Muwasofat Tarbiah

1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih

Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja

Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas

Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas

Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)Mujahadah (Menguasai Diri)

Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya

Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar

10)Bermanfaat Kpd Orang Lain

Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea