Wednesday, July 15, 2020

The 'parenting of your parent' day has come

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 15, 2020
Masa kita masih budak, parent kita melaksanakan pendidikan keibubapaan semahu-mahunya kepada anak2 - dengan cara membebel, marah, rotan, nasihat, cakap baik2, mengamuk.. apa sahaja.

Dan yang paling berbekas dalam hati ialah semasa mereka marah berbanding semasa mereka menasihat secara baik2.

Begitulah.
Sebagai manusia, secara fitrahnya, saya hanya mengingat my parent's parenting seperti itu.

Dulu saya menelefon ibu abah saya setiap minggu untuk bertanya khabar, semasa saya masih belajar.
Pun begitu banyak yang saya terlepas tentang perkembangan keluarga, yang mana saya cuba merapatkan kembali apa yang terjarak, menambah apa yang terkurang, membetulkan apa yang tersalah. Dan masa lalu tidak akan kembali, saya bersyukur telah menghabiskan masa muda tanpa penyesalan.

Sekarang saya hanya telefon abah untuk mengingatkannya tentang bil-bil telefonnya, atau dia terlewat membayar bil elektrik. 

Banyak bahagian hati saya yang pecah apabila melakukan ini sehinggakan saya selalu doa supaya Allah mengampuni saya dan membiarkan saya ikhlas dalam menyantuni kembali ibubapa saya.

Kenapa saya katakan "Parenting of your Parent Day has Come" adalah kerana...
adakalanya saya terpaksa menyekat kemahuan mereka yang terlalu banyak. Sedangkan masa kami masih kecil mereka tidak mengasuh kami untuk selalu memenuhi kehendak tetapi keperluan.
Contohnya meminta saya membeli lampu chandelier berharga ribuan ringgit.

Ada waktunya dia meminta untuk membeli telefon bimbit yang baru hanya kerana telefon lama sudah tidak cukup space.
It does breaks my heart not to be able to fulfill the request bukan kerana saya tidak ada duit tetapi pembelian itu akan menyebabkan pembaziran dan gadget sedia ada masih boleh digunakan. Mereka terlalu lalai juga dengan gadget, suka main game & tgk Youtube sampai berjam-jam.

Saya memang lantang dan tegas, walaupun dengan ibu dan abah.
Dengan adik-beradik juga.
Kalau dulu mereka selalu kata teguran mereka bersebab, begitulah juga sekarang.. Anak-anak juga menegur kerana sayang.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea