Tuesday, September 11, 2018

Lack of reason

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 11, 2018 0 komen best
While others are destined to met their first half earlier than me, i didnt.

It doesnt make me feel less, but not any better. My condition worsened, however, with my family. It does scared me, even though i keep telling myself not to blame them for what i felt, to be strong, and that their personal affairs does not belongs to me.

From now, if someone ask me why i'm not yet married, my response should be; "lack of reason to love for a long time".

Saturday, September 08, 2018

Kepakaran seorang perempuan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 08, 2018 0 komen best
Antara kepakaran seorang perempuan ialah menjadikan benda yang tak ada kepada ada, macam magic.

Perempuan juga cukup pandai menjadikan kesilapan sendiri sebagai kesilapan orang. Atau kelihatan seperti kesilapan bersama-sama.

Entahlah.
Saya ingatkan saya tidak ada perangai ini, namun hari ini saya menyedari bahawa saya juga mempunyai sifat ini secara semulajadi (hhahahahahahahhahaha).

A good thing, a bad thing tho.

Ia adalah sejenis perangai yang tak perlu dipelajari, biarpun semasa melaksanakan kerja profesional.
Saya belajar menjadi tegas dan tak mudah mengalah, kerana latar kerja saya sangat mencabar dari sensitiviti kos dan masa.

so. do not admit it.

Tuesday, September 04, 2018

Perempuan dan rutin mencantikkan diri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 04, 2018 0 komen best
I used to be a very simple girl with simple needs.

Tak banyak kerenah, tak banyak kemahuan, tak banyak keperluan. Semua perkara adalah mudah bagi saya, tak rumit macam kebiasaan seorang perempuan.

Namun kedewasaan menjadikan saya perempuan yang rumit. Bagaimana saya menyusun segalanya, mengendalikan peralatan bilik, kain baju saya, dan bagaimana saya ingin menampilkan diri setiap hari.

Memberi fokus kepada diri sendiri membuat kita mampu memberi lebih banyak kepada orang lain. Dan memberi lebih banyak membuat kita lebih menghargai apa yang kita ada.

Sayapun tak sangka yang saya juga akan memperuntukkan waktu untuk menjadi cantik, biarpun untuk diri sendiri. Ia adalah normal, bahawa perempuan suka mengemaskan diri.

Dan hati yang baik akan sentiasa membuatkan hidup nampak indah..biarpun dunia ini sangat teruk dan busuk

Saturday, September 01, 2018

Apabila lelaki diberi peluang kedua #FamiliarWife

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 01, 2018 0 komen best
Dah lama saya tak review movie atau buku yang saya baca.

Kisahnya, Familiar Wife adalah sebuah drama korea yang bersambung-sambung tentang seorang lelaki yang mempunyai hidup yang serabut dengan isteri yang suka marah-marah. Dalam kemelut hidup yang serba mencabar, dia terjumpa semula buah hati zaman kolej yang membuat hatinya berbelah bagi, malah berdoa andaikata dia diberikan peluang untuk tak kahwin dengan isterinya.

Peluang itu tiba, dalam peluang keduanya dia berkahwin dengan buah hati zaman kolej namun wanita yg asalnya teman hidup muncul pula sebagai rakan sekerjanya.. Sangkanya dia akan okay, tetapi bayangan kehidupan asal dengan wanita itu membuatkan dia sedar yang dialah punca ketidak-bahagiaan hidupnya sebelum ni. Dia lelaki pengecut, lari dari masalah.

Cerita ini mengajar saya yang kalau kita tak fokus dengan orang yang sayang kita, kita pun akan susah nak bahagia dengan mengejar apa yang tak ada.

Kalau kita baca Qur'an, Allah dah sebut dah yang manusia ni sifatnya penuh keluh kesah dan penyesalan. Jika manusia diberi sebuah gunung emas, dia mahukan segunung lagi, tak cukup2 apa yang ada.

Well saya tak suka dengan sikap lelaki watak utama tu melayani wanita yang menjadi isterinya...jika dia diberi 10 peluang pun dia tetap memandang perempuan lain dan dia memang bodoh. Dan perempuan tetap kasihan pada dia sebab dia nampak menarik dengan kelemahan yang dia ada...#tahikerbau

Namun saya tetap menontonnya.sebab hidup manusia memang menarik dan takdir manusia memang unik.

Kadang2 saya menolak lelaki bercerai (duda) kerana memikirkan sama ada mungkinkah perkahwinan dengannya juga akan gagal sepertimana yang pertama.

Bagi saya, jodoh biarlah ikat mati, bukan ikat tepi.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea