Saturday, September 01, 2018

Apabila lelaki diberi peluang kedua #FamiliarWife

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 01, 2018
Dah lama saya tak review movie atau buku yang saya baca.

Kisahnya, Familiar Wife adalah sebuah drama korea yang bersambung-sambung tentang seorang lelaki yang mempunyai hidup yang serabut dengan isteri yang suka marah-marah. Dalam kemelut hidup yang serba mencabar, dia terjumpa semula buah hati zaman kolej yang membuat hatinya berbelah bagi, malah berdoa andaikata dia diberikan peluang untuk tak kahwin dengan isterinya.

Peluang itu tiba, dalam peluang keduanya dia berkahwin dengan buah hati zaman kolej namun wanita yg asalnya teman hidup muncul pula sebagai rakan sekerjanya.. Sangkanya dia akan okay, tetapi bayangan kehidupan asal dengan wanita itu membuatkan dia sedar yang dialah punca ketidak-bahagiaan hidupnya sebelum ni. Dia lelaki pengecut, lari dari masalah.

Cerita ini mengajar saya yang kalau kita tak fokus dengan orang yang sayang kita, kita pun akan susah nak bahagia dengan mengejar apa yang tak ada.

Kalau kita baca Qur'an, Allah dah sebut dah yang manusia ni sifatnya penuh keluh kesah dan penyesalan. Jika manusia diberi sebuah gunung emas, dia mahukan segunung lagi, tak cukup2 apa yang ada.

Well saya tak suka dengan sikap lelaki watak utama tu melayani wanita yang menjadi isterinya...jika dia diberi 10 peluang pun dia tetap memandang perempuan lain dan dia memang bodoh. Dan perempuan tetap kasihan pada dia sebab dia nampak menarik dengan kelemahan yang dia ada...#tahikerbau

Namun saya tetap menontonnya.sebab hidup manusia memang menarik dan takdir manusia memang unik.

Kadang2 saya menolak lelaki bercerai (duda) kerana memikirkan sama ada mungkinkah perkahwinan dengannya juga akan gagal sepertimana yang pertama.

Bagi saya, jodoh biarlah ikat mati, bukan ikat tepi.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea