Dah lama saya tak review movie atau buku yang saya baca.
Kisahnya, Familiar Wife adalah sebuah drama korea yang bersambung-sambung tentang seorang lelaki yang mempunyai hidup yang serabut dengan isteri yang suka marah-marah. Dalam kemelut hidup yang serba mencabar, dia terjumpa semula buah hati zaman kolej yang membuat hatinya berbelah bagi, malah berdoa andaikata dia diberikan peluang untuk tak kahwin dengan isterinya.
Peluang itu tiba, dalam peluang keduanya dia berkahwin dengan buah hati zaman kolej namun wanita yg asalnya teman hidup muncul pula sebagai rakan sekerjanya.. Sangkanya dia akan okay, tetapi bayangan kehidupan asal dengan wanita itu membuatkan dia sedar yang dialah punca ketidak-bahagiaan hidupnya sebelum ni. Dia lelaki pengecut, lari dari masalah.
Cerita ini mengajar saya yang kalau kita tak fokus dengan orang yang sayang kita, kita pun akan susah nak bahagia dengan mengejar apa yang tak ada.
Kalau kita baca Qur'an, Allah dah sebut dah yang manusia ni sifatnya penuh keluh kesah dan penyesalan. Jika manusia diberi sebuah gunung emas, dia mahukan segunung lagi, tak cukup2 apa yang ada.
Well saya tak suka dengan sikap lelaki watak utama tu melayani wanita yang menjadi isterinya...jika dia diberi 10 peluang pun dia tetap memandang perempuan lain dan dia memang bodoh. Dan perempuan tetap kasihan pada dia sebab dia nampak menarik dengan kelemahan yang dia ada...#tahikerbau
Namun saya tetap menontonnya.sebab hidup manusia memang menarik dan takdir manusia memang unik.
Kadang2 saya menolak lelaki bercerai (duda) kerana memikirkan sama ada mungkinkah perkahwinan dengannya juga akan gagal sepertimana yang pertama.
Bagi saya, jodoh biarlah ikat mati, bukan ikat tepi.
Saturday, September 01, 2018
Friday, August 24, 2018
Ketika tulisan terasa lebih jujur
Tulisan terasa lebih jujur.. Ketika ia hadir bersama jiwa yang tulus.
Your choice of words
Kadang kadang tatkala kau memilih kata-kata, pesonanya sangat memukau..
Membuatkan cinta terjatuh lebih dalam pada setiap patah kata.
Ada waktunya senyuman terasa lebih hangat.
Pada ketika kau mengatakan
"i'm all yours today",
"you still have the same smiles",
"i can read it from your eyes"..
Do you know whta type of your smiles?
A bright one, like the sunshine :D

Saturday, August 18, 2018
Ketika rumput di sana lebih hijau
Hanya cinta dan kesyukuran menjadikan dunia terasa cukup bagi manusia kecil seperti kita.
Saya bukan manusia yang baik, sering selalu berdosa, banyak pula melupakan Allah dan melebihkan makhluk dalam setiap langkah kaki :(
Namun halaqah lah yang membantu saya memahami balasan dosa dan Azab, bagaimana menjalani kehidupan yang serba penuh fitnah ini, dan tadabbur AlQur'an..
Rumput di laman orang memang terasa lebih hijau. Kerusi orang lain senantiasa nampak lebih empuk. Lauk di pinggan orang terasa lebih enak.
Tapi kita lupa, proses yang menjadikan rumput di laman orang tampak lebih hijau pun bukannya semudah memetik jari. Bukan sedikit yang terkorban demi kerusi empuk, dan bukan mudah pula menyajikan makanan enak jika bukan dengan yakin.
Ah. Dunia.

Subscribe to:
Posts (Atom)