Wednesday, July 27, 2016

Wayang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 27, 2016 0 komen best

Sejak keluar cerita AADC2 kat wayang haritu ade la jugak terniat nak pegi ziarah panggung wayang...

Disebabkan perangai suka bertangguh ikin pastu kin takde duit nak tengok wayang, maka tak adalah ziarah panggung... lagipun boleh je tengok kat tivi kat rumah samvil bergolek2 plus cerita tu tak best pun. Puisi dia je yang bikin gua tak tidur malam (hahahaha aku gadia puisi).

Pastu malam tadi gi halaqoh makcik cakap pasal 4 prinsip yg mesti dipegang (ciri dnt im):
1. Mengelakkan tempat yg mengundang fitnah (parking kat depan kedai sports toto judi, misalnya)
2. Mengelak dari bergaul dengan orang berpengaruh (?)
3. Menjauhi parti politik
4. Tak ingat

So cikin takyah lah eh pegi wayang tu takde apapun..

Kin berenti tengok wayang lepas baca buku Cinta di rumah IHAB


Friday, July 22, 2016

Menghantarmu dengan senyuman

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, July 22, 2016 0 komen best

Seorang sepupu abah telah meninggal dunia. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun..

Pakcik yang sangat baik. Senyum..

Nora datang nak hantar pak cik balik.
Selamat berehat, Amiseh.

Amiseh yang meninggal, tapi yang masih hidup inilah yang mengingatinya-kematian.

Suatu hari nanti, Nora ingin dihantar pulang dengan senyuman juga..


Wednesday, July 20, 2016

The vacancy

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 20, 2016 0 komen best


Position: life partner
Location: my life
Company: me

Haaai I'm looking for a life partner to keep me company.

I felt bored to just under/outgoing this life adventure by myself. Can you please pop out and be with me in every pictures we have to take?

"The vacancy that sat in my heart is a place that now you hold"; bak kate pak haji al ustad justin.


Tuesday, July 19, 2016

Banyak

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 19, 2016 0 komen best

Tangan terasa begitu mengada-ngada untuk menulis malam ini. Walhal saya sudahpun uninstall Blogger apps yang memudahkan saya untuk selalu menulis. Kali ini saya mencuba apps Blogaway yang entahkan apa prestasinya.

Hari ini saya mengajar sepupu kecil, menemaninya membaca dan membuat kerja sekolah. Lantas teringatkan diri saya yang dulu, seusia dia, tidak pernah dimarahi meskipun tidak membuat kerja sekolah- kerana tak faham kenapa ada "kerja sekolah" yang buat di rumah. Mengajar tetap menambah ilmu tentang siapa kita sungguhpun ia hal yang sangat remeh-anehnya rasa ya Allah..

Semalam.
Usai menghadiri majlis rumah terbuka di rumah Auntie Ha, saya terlanggar seekor anjing yang berlari melintas jalan - sampai sekarang tidak saya tahu apa nasibnya. Maafkan saya yaAllah.. Mungkin anjing malang itu masih hidup- sebab ia tiada di tempat kejadian semasa saya berpatah balik untuk mencari nombor plet yang tertanggal. Tidak ada darah pun di tempat kejadian, cuma skirting kereta saya pecah sedikit.

Sebelum raya.
Saya menziarah Cikgu Adam dan anaknya di HKL sehari sebelum raya. Sempat kami berbual panjang tentang kehidupan. Apabila saya menziarah pendidik, kami tidak pernah terlepas membincangkan perihal generasi dan sistem pendidikan yang berubah-ubah ibarat sarkis.

Berhentilah bersedih.
Kesedihan, hanya membuat manusia kehilangan jiwa dan putus asa. Sedangkan Allah sentiasa Ada untuk memberi harapan bahawa Dialah sandaran terbaik.

Maafkan daku, Allah.


 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea