Tangan terasa begitu mengada-ngada untuk menulis malam ini. Walhal saya sudahpun uninstall Blogger apps yang memudahkan saya untuk selalu menulis. Kali ini saya mencuba apps Blogaway yang entahkan apa prestasinya.
Hari ini saya mengajar sepupu kecil, menemaninya membaca dan membuat kerja sekolah. Lantas teringatkan diri saya yang dulu, seusia dia, tidak pernah dimarahi meskipun tidak membuat kerja sekolah- kerana tak faham kenapa ada "kerja sekolah" yang buat di rumah. Mengajar tetap menambah ilmu tentang siapa kita sungguhpun ia hal yang sangat remeh-anehnya rasa ya Allah..
Semalam.
Usai menghadiri majlis rumah terbuka di rumah Auntie Ha, saya terlanggar seekor anjing yang berlari melintas jalan - sampai sekarang tidak saya tahu apa nasibnya. Maafkan saya yaAllah.. Mungkin anjing malang itu masih hidup- sebab ia tiada di tempat kejadian semasa saya berpatah balik untuk mencari nombor plet yang tertanggal. Tidak ada darah pun di tempat kejadian, cuma skirting kereta saya pecah sedikit.
Sebelum raya.
Saya menziarah Cikgu Adam dan anaknya di HKL sehari sebelum raya. Sempat kami berbual panjang tentang kehidupan. Apabila saya menziarah pendidik, kami tidak pernah terlepas membincangkan perihal generasi dan sistem pendidikan yang berubah-ubah ibarat sarkis.
Berhentilah bersedih.
Kesedihan, hanya membuat manusia kehilangan jiwa dan putus asa. Sedangkan Allah sentiasa Ada untuk memberi harapan bahawa Dialah sandaran terbaik.
Maafkan daku, Allah.
Tuesday, July 19, 2016
Banyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment