Friday, October 30, 2015

Learning some new words

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 30, 2015 0 komen best

My current environment is so unhealthy.

You know, as I said this, it seems like I'm cursing - how bad it is.

Say,

I am new but I have learned a lot of bad words.
"I dont give a damn about this and that"
"Its Bullshit"
"Babi Lanjiao"
"Stupid, bastards"

which, this has never be in my vocabs before.

They arent so confidence that I could be a good salesperson - because I seems so pure and honest.

I put a lot of effort to be pure and honest, and this environment is actually really roten and saddened me - that muslims could be easily manipulated by those real bullshit rules.

I am taking chances to learn what is actually happens - meantime, I could show them that we could win businesses without bribes, and we could be happier.

Is this good for my deen?

I have been thinking of this question quite some times now.

Tuesday, October 27, 2015

Yugodai.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 27, 2015 0 komen best

Sejak bekerja di industri, saya menjadi semakin kuruss......

Mungkin sebab saya hidup dengan mendengar cacian orang terhadap orang lain setiap hari - jiwa saya terperonyok sedih agaknya.

Saya terpaksa mengahadapi generasi boss yang bodoh sombong, degil dan rasis, pendatang yang perasan bagus dan memandang rendah orang lain - dia membuat saya faham yang sebenarnya orang negara barat bukannya bagus sangat pun, bongkak lebih.

Dan orang-orang pandai yang kecewa dengan sistem pengurusan yang teruk akan meninggalkan hanya orang bodoh dalam company. Dan orang bodoh inilah yang naik, dan merosakkan syarikat kerana dia bodoh- hanya kuasa menyebabkan dia dihormati.

Inilah yang berlaku dalam negara kita yang tercinta...

Well saya kena tahan lasak sikit.. boss yang high expectation sebenarnya boss yang bagus - tapi boss yang perasan bagus sebenarnya tak berapa bagus.

Yugodai,bai.

Thursday, October 22, 2015

Post work day with Charlotte

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 22, 2015 0 komen best

I like this girl ever since she tell me that I am smart - because nobody ever told me that- Orang-orang dalam hidup ni hanya tahu merendahkan orang lain dan provok, membuat kita merasa kecil dan tak berguna.

So harini saya demotivated sebab saya rasa xbest dengan performance saya - so i asked her out.. she carefully teach me how to start, let me know some(a lot!) of good points, and why the people around act as per se..

Dan topik perbincangan tidak terlepas dari cinta dan perkahwinan. Dia suggest saya lelaki ini dan itu.. dan.. dia buat saya perasan yang saya sungguh choosy ya amat!- Pada saya, At least, bakal dia mestilah seorang yang tahu apa dia nak dalam hidup, orang yang saya boleh hormat, dan dia mestilah sedap mata saya memandang (tak penting kalau orang lain tengok xhensem), Dan, dia mestilah mampu menerima saya seadanya.

And, this cute young lady, tell me that.. what a person do after 6pm shows his/her potential to succeed in life. Thenn..

sometimes our definition of success may be different, Charlotte. Even our terms of happiness also could be different. Noktah bidayah membezakan kita, kuharap suatu hari nanti, kau bersama aku, berpegang pada noktah bidayah yang sama. Ameen.

But yes, apa seorang perempuan buat selepas 6pm menentukan keberjayaan ummah~

Tuesday, October 20, 2015

Pemuda pemudi syurga dicintai Allah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 20, 2015 0 komen best

Hari ini saya mendapat dua berita duka.

Seni Kematian Mukhtar Umar.
.
.
Al-fatihah.
Kuhadiahkan, buat pemuda syurga bernama Mukhtar.

Saya tak mengenalinya langsung, tapi, hati ini begitu kagum dengan cara Allah memanggilnya kembali- cukup indah.

18 Oktober, saya mendapat berita dia sedang koma, kerana jatuh dan pengsan seusai usrah pada Sabtu malam, 17 Oktober.

19 Oktober semalam 12.20pm, masih tidak ada respons. Tiada pergerakan anak mata, refleks gag/anak tekak, atau verbal/pergerakan. Doktor memaklumkan kemungkinan kematian otak telah berlaku.

20 Oktober, pagi ini..
Saya diberitahu melalui mesej whatsapp bahawa bekalan oksigen akan dihentikan. Mukhtar menghembuskan nafas terakhir dan dijemput Allah kembali pada 1.16pm. (atau mungkin lebih awal).

Apa yang indahnya ialah.. saat sakaratulmautnya, dia dihantarkan bertalu2 doa.. Imagine how Allah loves him so much, sehinggakan dia koma semata-mata kerana jatuh.

Teacher Izrayani, menanti diutus ke syurga.

Teacher Izrayani adalah watak penting yang membantu saya dalam proses turning point hidup saya. Beliau Cikgu Homeroom saya semasa Tingkatan 5 di MRSM Serting, 2007. Dia pendengar yang setia, menyantuni saya untuk bangkit dan bersungguh-sungguh dalam matapelajaran yang saya lemah, menyaksikan tangisan saya kerana tak mencapai target, mengajar saya bagaimana untuk bermula sekali lagi..

8 tahun berlalu, saya selalu mencari jalan untuk menghubunginya semula. Luruh rasa hati, mendapat berita cikgu sedang tenat dan tidak sedarkan diri hari ini. Cikgu sakit kanser rahim, tahap 4.

Saya bergegas menziarahi cikgu di Hospital Ampang selepas kerja. Sesampainya, saya terkedu agak lama di sisi cikgu, menatap wajah yang sangat saya rindukan. Cikgu sangat uzur dan tenat.

Ahli keluarga sudah dipanggil untuk berziarah buatbkali terakhir. Cikgu sudah mula menunjukkan tanda-tanda penurunan pergerakan dan respons.

Allah mencintainya, memberitahu bahawa dia akan segera dijemput kembali maka dia harus menyediakan diri walaupun dalam keadaan susah payah, dua tahun belakangan ini. Kanser menjadikan proses menua terlalu cepat, terutamanya kemoterapi yang dilalui. Cikgu memang mempunyai tibi kulit, jadi ubat kemo memberi kesan yang sangat kuat kepada kulit cikgu. Cikgu sangat kurus dan sakit.

Allah pasti menghitung kesabarannya dalam ujian ini, dengan kebahagiaan berada dekat di sisiNya.

Dalam perjalanan balik, memandu, sempat pula saya berfikir mencemburui Mitch Albom, kerana sekurang-kurangnya dia sempat mendengar kata-kata Morrie tentang kehidupan. Sedangkan cikgu saya sudahpun kritikal dan saya mungkin tak ada peluang untuk berbual lagi dengannya.

Sungguh, kematian adalah peringatan terbaik untuk kita mula hidup dan bekerja secara serius.

Semoga syurga buat Teacher Izrayani Ismail dan Abdul Mukhtar Umar.

Al-Fatihah.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea