Saya ada pengalaman pahit yang baru.
Minta berhenti kerja, terus rasa macam dibuang kerja.
Sebelum saya ke Turki untuk menghantar pelajar persediaan, saya tidak membuat apa-apa janji pun. Saya juga tak menandatangan apa2 kontrak perjanjian.
Di sana, saya menguruskan pendaftaran pelajar bersendirian, dalam tempoh yang lama, dengan perasaan bercampur baur.. tak tahu bila boleh balik Malaysia, tak tahu berapa banyak wang boleh belanja, tak kena serba serbi. Gelisah dan paling menyedihkan, sebab tahu ibu tak redha saya lama di sana.Sepanjang di sana, saya kehilangan sebuah telefon bimbit milik syarikat kerana dicuri.
Balik sahaja ke Malaysia, segala maklumat diminta didokumentasikan. Namun sepanjang di Turki saya tidak dibekalkan laptop untuk tujuan itu, malah sebelum penerbangan pun saya diberitahu tidak perlu membawa laptop.
Diberitahu saya perlu mengganti kehilangan telefon, saya mula tawar hati. Hati saya yang geram, terasa sakit memikirkan yang boss tidak sedikitpun mempersoalkan keselamatan nyawa saya semasa di Turki. Bolehkah nyawa saya diganti andai hilangnya di sana??
Di sana tidak ada punch card. Saya kerja tanpa mengira hari cuti, sabtu atau ahad.
Diberitahu lagi, saya perlu membayar semula jumlah perbelanjaan di sana.
Fokus saya bekerja mula cacamarba. Saya mula marah dan tidak ikhlas bekerja setiap hari melainkan kemarahan. Marah, kerana saya tidak dibayar sebaiknya. Geram, saya dipersalahkan untuk semuanya sepertinya boss saya adalah malaikat. Saya tidak ada arahan rapi pun untuk melakukan apa-apa sepanjang di sana.
Saya menghantar surat berhenti kerja dengan notis sebulan, dan bos mencadangkan (baca: menyuruh) saya berhenti minggu ini juga dan membayar kos perjalanan (baca: percutian) di sana.
Cukuplah. Saya tak suka marah-marah. Biarlah boss sahaja yang makan duit. Biar saya mengajar diri, wang bukan apa-apa. Biar saya ingat, yang kertas nipis berukuran 3 inci panjang itu mampu mengoyak hubungan baik manusia.
Sedih.
Kecewa, dengan orang yang kita percaya.
Saya tak sedih kena bayar wang dalam jumlah yang banyak (bapak menipu kau ni ikin), Saya sedih dengan realiti wujudnya orang yang macam ini.
Semoga kau bahagia, boss. Beringatlah kalau satu hari nanti kau kena uji lagi dengan kes duit berjuta2, itu salahsatu tanda, ada orang keji kau dalam hati dia sebab rasa teraniaya.
Mungkin saya yang kena muhasabah untuk perjalanan kali ini.